kiri kanan pilihan
semua dalam genggaman
catur kehidupan dimulakan
strategi mantap diperlukan
semalam lusa kelmarin
sudah berlalu episod
siri perjalanan sebenar
pahit manis berlikuan
realiti menggigit diri
sering tenggelam punca
kabut samar bayangan
masih bercahaya tapi
penantian terlalu lama
jawapan masih tiada
teka-teki makin rumit
persoalan terus membukit
p/s : karya lama kala di alam hidro. tadi baru pulang dari alam hidro mengambil cek gaji sewaktu berlatihan di sana. dapatlah sedikit. bergegas ke bcb lak masukkan cek itu ke dalam akaun sendiri. pertama kali! kelakar-kelakar. doaku semua berjalan lancar dan dapatlah sedikit imbuhan tersebut. oh. lagu Il Divo bertajuk The Man You Love berkumandang. ia saya mahu jadi lelaki yang dicintai. adeh cinta cintun pula. apa lagi ya. menanti panggilan petrosains sama ada saya dapatkah kerja esok, sabtu atau ahad. bagai tiada sahaja. huk huk. entahlah. aku rasa aku kuat tetapi aku masih tidak kuat. tidak! biarlah. lalalalalala. selamatlah!
kata - kata ini hari :
"Jadi kita balik kepada Islam yang satu... tak payah le Hadhari ke tak Hadhari... Islam sesuai sepanjang zaman. Jangan ingat zaman Nabi saja... zaman sakarang sesuai. Kalau kita ikut tafsiran Al-Quran yang betul... ia sesuai untuk zaman seberapa moden sekalipun." ( Tun Mahathir )laman web hari ini :
DVD for Dummies( Vampire Lord yg gila DVD...! )
_____________________________________________________________
0 Responses to “::: tajam :::”
Leave a Reply