======================================================== Penyanyi : Awie (Azman Abu Hassan / Aziz M. Osman) Judul : Di Medan Ini ========================================================Di medan ini zahirku layu
Jasad kaku dibelenggu
Jalur nadi masih kukuh
Janji setia tidak luntur
Di medan ini bakti disandang
Korbanku untuk maruah
Teguhkan azam nusa
Agar generasiku terbela
( korus )
Jejakku tinggalkan
Untuk kau teruskan
Bangkitkanku dalam perjuanganmu
Mencantas noda
Bara semangatku
Bara semangatmu
Merintis cinta
Di medan ini gemilang persada
Hamparkan jati diri
Gemparkan pada mereka
Kita mampu teguhkan
Lambang merdeka
( ulang korus )
Laungkan semboyan
Seru gempur perwira
Walau gugur kubasahkan darah
Dengan ikhlas
Sumpah hidup wira bangsa
( ulang korus )
Juangkan cita
Bebaskan nusa
p/s : lagu awie laks ini malam. ahaks. macam mau demam. beberapa hari tahan. tadi telan juga panadol. medical check up berjalan lancar. minggu depan keputusan. tunggu lagi. penantian sungguh aku. esok tiada plan lageh. berita? masih sebegitu. sama sahaja. tunggu juga. oh. tidak stabil sungguh bila mau demam ini. sejuk sahaja. selamat malam sabtu!
kata - kata ini hari :
"Responsibility's like a string we can only see the middle of. Both ends are out of sight." ~ William McFeelaman web hari ini :
Keris Silau( Karya-karya Keris Silau merupakan tulisan yang menyentuh isu-isu kontemporari seperti politik, kemasyarakatan dan Islam. Setiap karya yang dihasilkan Keris Silau ialah dengan tujuan membawa mesej kepada pembaca dengan cara genre gurindam yang sinis tetapi menghiburkan! Keris Silau mengalu-alukan pandangan dan teguran yang membina untuk menghasilkan gurindam yang lebih menarik dan berkesan dimasa akan datang! Keris Silau, 2006 )
____________________________________________________________
0 Responses to “::: keris :::”
Leave a Reply