FREEDOM! FOREVER!



::: sejajar :::

0 comments



==========================================
M. Nasir feat Malique - Mentera Beradu
==========================================

Masih belum sempurna..

Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

ramai saudaraku yang baik telah dipijak

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

yo ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna….

p/s : sedikit lagi mahu novemberia. . . lagu layan lagi hiphop...

kata - kata ini hari : Books won't stay banned. They won't burn. Ideas won't go to jail. In the long run of history, the censor and the inquisitor have always lost. The only sure weapon against bad ideas is better ideas. The source of better ideas is wisdom. The surest path to wisdom is a liberal education. ~ Alfred Whitney Griswold

laman web hari ini : Model 80an
__________________________________________________


::: laras :::

0 comments



tujuh sebelas
apa kelas
tembakan berbalas
senapang dilaras

lagi dua
bersua muka
lawan mereka
jangan leka

musim hujan
baliklah ijan
motorku lenjan
bukan bohjan

akhil-hayy bernyanyi
hilang sunyi
memacam bunyi
irama tersembunyi

pelik gamak
kena samak
banyak lemak
nasi lemak

25 oktoberia 2008 jam sembilan dua enam pagi

p/s : mungkinkah ku akan ke denver . nevada . amerika?

kata - kata ini hari : I would prefer to remain in prison for another 20 years than bargain my beliefs for freedom. ~ Samir Geagea

laman web hari ini : CitiBank yang agak kacak
__________________________________________________


::: fenin :::

0 comments



aku demam
mulut kemam
wak samam
jadi tok imam

risau cemas
belum lemas
perut rimas
baju belum kemas

nak kipas
jangan rampas
kapal lepas
kelapu parut hampas

pendek cuma
tidak lama
merabu tema
aku ingin bersama

18 oktoberia 2008

p/s : esok pergi miri ye ye.

kata - kata ini hari : The essential ingredient of politics is timing. ~ Pierre Trudeau

laman web hari ini : NEC
__________________________________________________


::: sedikit :::

0 comments



===========================
Artis : Awie & Ziana Zain
Tajuk : Halaman Asmara
===========================

Setahun aku lalui
Detik lama kan kembali
Pelita ku nyalakan
Di halaman asmara ini

Sering kali ku renungi
Kenangan mencuit hati
Sedar tak sedar detik itu kembali
Detik tahun lagi

Cinta di bawah cahaya
Dakapan seribu warna
Menerangi indah halaman asmara
Kita berdua

( korus )
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian di hari mulia

Tercurah kasih dan sayang
Menyambut Syawal menjelma
Tapi daku gembira bertemu saudara
Di samping kasih yang ku cinta

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian
Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan ( terungkaplah )
Impian ( impian )
Hari mulia

Kau melafazkan kerinduan
Ku sambut keriangan
Dan terungkaplah
Impian

p/s : lagi dua bulan? huh! lagu cambesta dari awie dan akaks ziana zain. ahakes.
mood raye lageh. minggu depan ada tugasan di miri,sarawak. tiada sabar! tiada pernah ketibaan ke miri! eh.pernah kot masa kecik2. mari2 pergi kerja! maafkan saya kuceng kerna ganggu lenamu.

kata - kata ini hari : I think it's a disgrace for the international community that we have allowed so many conflicts to become frozen, and we are not making a serious effort to solve them. ~ Martti Ahtisaari

laman web hari ini : Volvo Cars
__________________________________________________


::: sedap :::

0 comments



lama dah tak tengok citer sembilu
lapar sangat pekena bahulu
makan lah saya apa yang perlu
asal jangan makan ulat bulu

rasa keliru tersesat jalan
bawa kereta hendaklah pelan-pelan
kalau tidak mungkin sampai ke bulan
nasib baik sampai negeri sembilan

agak kepanasan pula hari ini jumaat
tengok tv kadangkala meluat
ada lawak yang dibuat-buat
pelakon pula tangkap muat

tengok astro pula macam-macam ada
cuma tiada trio santan berlada
hujung tahun adalah pertandingan kuda
pergi tengoklah encik ahmad muda

bingit bising lagu m nasir
kawan saya duduk dekat kampung pasir
angin laut pantai berdesir
mengerbangkan rambutku yang segar tersisir

oh jiwang pula tetiba
bagai bulan jatuh ke riba
macam tengok lion king punya simba
teringin nak beli jam alba

hati resah perasaan gundah
segala halangan akan ku redah
untuk hari-hari yang indah
biarlah kebahagiaan sampai ke sudah

hatiku girang tak terkata
menuju puncak cinta kita
semua tiada sabar tunggu berita
dari hati jatuh ke mata

oh jumaat aku suka
lepak-lepak belaka
tiada mengapa tiada jika
janji bahagia aku mereka

seloka ini agak merepek
tapi aku suka makan kerepek
mulut aku kadangkala pokpek
kalah itu apek

masa sungguh cepat berlalu
aku rasa macam baru semalam dulu
janganlah sebak janganlah pilu
biarlah lidahmu terkelu
10.10.2008
lepas jumaat!

p/s : hujung minggu!

kata - kata ini hari : When there are too many policemen, there can be no liberty. When there are too many soldiers, there can be no peace. When there are too many lawyers, there can be no justice. ~ Lin Yutang

laman web hari ini : Transcend
__________________________________________________


::: kerumun :::

0 comments



kenapa cepat sangat
adakah kamu kena sengat
bukan kah tadi dah makan pengat
dekat kuala langat

balik kampung mandi perigi
tapi lupa bawa berus gigi
takpe nenek ada kayu sugi
hujung tajam bentuk bersegi

solat raya kat jelebu
tidur atas katil kekabu
balik kampung pagi-pagi Rabu
sampai-sampai kacau anak lembu

perut lembu kasik lah kering
penat beraya pergilah baring
itu kolam ikan sudah ada jaring
nenek letak nasi impit dalam piring

sambil raya nenek promosi ubat
habis semua aku rembat
nak dapat stok selalu lambat
masuk kereta semua sumbat

malam raya pertama terus balik kota
aku macam biasa tidur dalam kereta
masuk sahaja terus lelap mata
nasib baik tak sampai ulu kinta

sabak bernam menunggu dengan pintu terbuka
juadah macam-macam beraneka
makan sambil tengok tv dan leka
yang penting kita hati suka

malam kat sabak tidur di ruang tamu
berborak dengan sedara-mara setahun sekali bertemu
borak-borak tiada jemu
sambil-sambil bertukar ilmu

pagi-pagi di kampung sudah tersedar
lepak-lepak sambil bersandar
macam teringin nasi kandar
cat rumah kampung sudah pudar

pagi sedikit berjalan rumah pakcik
semua sedara dah besar dulunya kecik
semalam hujan jalan melecik
tidak lupa bersalaman dengan makcik

hari itu jumaat maka berdondon semua
mendengar khutbah muda dan tua
mendengar peringatan dan petua
patuh dan ikut perintah ketua

lepas jumaat pergi sambung jalan
jalan-jalan tak payah pelan
semua orang pasang channel sembilan
banyak cerita kurang iklan

malam jumaat juga balik taman cempaka
selamat tinggal pada mereka
panjang umur kita bersua muka
kala tiba saat dan ketika

hari sabtu lepak-lepak rumah
badan pula terasa lemah
macam-macam kut rendang dijamah
teringat pada pakcik dan makcik dan ramah

ahad tengahari bapaku pulang ke vietnam
bertolak jam dua belas tiga puluh enam
sampai bapa sebelum mentari terbenam
sempat tengok sawit ditanam

isnin pagi menjadi bengkok
sudah lama mungkin tidak ke Bekok
seminggu cuti terasa kekok
kl panas tak banyak pokok

ini sekarang aku melalut
kepala macam dah kalut
tangan luka belum balut
bilalah tv nak keluar cerita bilut

terasa lapar perut berbunyi
malam ini juga agak sunyi
menarik juga kalau pergi menyanyi



p/s : seloka vladivostika.

kata - kata ini hari : It is said that power corrupts, but actually it's more true that power attracts the corruptible. The sane are usually attracted by other things than power. ~ David Brin

laman web hari ini : Professional Petroleum Training

PT SEA Sdn Bhd
(Co. No. 626893-T)

Suite E-11-19, Level 11, Block E,
Plaza Mont'Kiara, No. 2 Jalan Kiara,
Mon'tKiara, 50480 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Telephone: +60 (3) 6201 6296
Fax: +60 (3) 6201 6297
Email: training@ptsea.com

__________________________________________________


::: resah :::

0 comments


4U2C

Syawal

( 1 )
Bergema takbir di pagi raya
Menyambut menyambut Syawal bulan mulia
Uh! Bersyukur insan pada Yang Esa
Berhari raya kita semua

Pohon kemaafan doa restu dari mu ayah ibu
Dipagi hari raya ikhlas kasih anakmu
Keinsafan kesabaran bermaafan
Menjanji kita semua insan yang mulia

1 Syawal hari raya
Aidilfitri yang mulia

( ulang 1 )

( 2 )
Yang yatim yang miskin pun gembira
Walaupun hiba di pagi hari raya
Yang kecil pun turut bergembira
Menyambut hari raya oh, oh mulia

Sebulan berpuasa mengajar kita
Erti kesabaran dan keinsafan
Menghormati yang tua muda dan pada ibu
bapa keluarga tercinta
Ampun dan maaf dihari yang mulia dari anakmu
Dan ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua

( ulang 1 & 2 )



p/s : stoned!

kata - kata ini hari : Anyone who takes himself too seriously always runs the risk of looking ridiculous; anyone who can consistently laugh at himself does not. ~ Václav Havel

laman web hari ini : Elle!
__________________________________________________


::: rasa :::

0 comments



------------------------------------------
M. Nasir


Satu Hari Di Hari Raya
------------------------------------------

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

p/s : selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. macam biasa kesukaan lagu m nasir pasca moden punya lagu raya. raya terakhir sebagai seorang bujang. amin.

kata - kata ini hari : Any customer can have a car painted any colour that he wants so long as it is black. ~ Henry Ford

laman web hari ini : Islam City
__________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank