FREEDOM! FOREVER!



::: insan :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





tasik itu
masih dikelilingi rimbunan pepohon
ada rendang
ada tinggi menjulang

tepinya pula taman permainan
adik - adik bermain buaian
buai tinggi - tinggi
mungkin ingin mencecah awan

udaranya segar dan nyaman
masih tidak tersisa dari pencemaran
rapi mempesonakan
buat yang pertama kali datang

masjid pula tersergam indah
lapang dengan jemaah panjang
berehatan sebentar hilangkan penat lelah
sebelum teruskan perjalanan

sesat kala ingin keluar
termasuk ke fakulti kejuruteraan pertanian
mari buka buku hijau bak kata pak mamanda
terus lagi tapak semaian

jejantas rekabentuk menarik
padang di mana - mana
pasukan palapes pun ada
pak pengawal bertugas seperi biasa

jumpa susur keluar ke KL
terus berdesup ke TOL
indah sungguh tempat ini
itulah UPM kita
antara universiti tertua
lahirkan ribuan ilmuwan negara
marilah martabatkan
institusi pendidikan
usah banggakan luar negara
kita semua ada

p/s : lama tidak bermadah. maaf andai kelam kabut. oh ada ke yang baca dan faham pun.
ahaks. tiada faham tidak apa. biarlah saya faham sendiri. itu puisi tentang UPM. konon - konon tadi menemani saudara mat tart membuat `hard bound`. ia ambil - ambil angin serdang jua. esok tiada rancangan lagi. lalalala trlalalala. kegembiraannya. riangnya jiwa!

kata - kata ini hari : Kerajaan patut menyediakan guru - guru dengan ilmu bahasa inggeris selengkapnya terutama modul - modul yang berkesan sebelum mereka boleh mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Sistem pendidikan adalah asas sebuah negara dan peningkatan sistem bahasa haruslah menyeluruh agar tiada kebocoran sana sini dan bak kata encik karam singh walia yang dikejar tidak dapat, nanti yang dikendong pula berjijiran.
( reef)


laman web hari ini : Proton Satria NEO
( Desire Has A New Name )
____________________________________________________


0 Responses to “::: insan :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank