FREEDOM! FOREVER!



::: jiran :::

0 comments

==============================
Sungai Lui - Aizat
==============================

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini


p/s : Ahad . 21 Oktoberia 2012 .

Hujung minggu . Pagi - pagi kami cuba sarapan di restoran baru di BTHO . Isteri saya memilih menu nasi minyak ayam kari semestinya dan saya memilih menu nasi lemak ayam goreng . Rasa nasi minyak itu memang  sedap dan menarik ala - ala di Kerteh . Ayam goreng pula rangup .Nasi dagang sahaja belum lagi diketemui mana sedap selain daripada di Kampung Pandan . Setelah itu kami bergegas ke KLCC . Alyaa ingin sungguh mencari ambulan dia . Sampai di ELC kami tengok bukan ambulan tetapi hospital terus dekat RM500 ! Kami ke sebelah iaitu ToysrUs dan saya memilihkan LEGO AMBULAN untuk Alyaa . Dapat main sekali . Ngeh ngeh ngeh . Saya membelikan isteri tercinta lagi disayangi `headphone` SONY yang bunyinya sedap dan enak . Makan tengahari di Pizza Hut namun Alyaa tidak makan sangat . Alyaa suka nasi sahaja ! Kami memesan crunch crust tetapi tidak serangup Domino Pizza . Kami pulang dan mengambil baju sudah digosok sebelum pulang lebat amat hujan . Petang berehat dan terima kasih isteri tersayang masakkan malam ! ESok KErjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

 
kata - kata ini hari : “Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.” ― Albert Camus
laman web hari ini : /Zelmey/ 
 
__________________________________________________


::: yayasan :::

0 comments


==================================
Aku Yang Berdosa by Shahir
==================================

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

 
 p/s : Ahad . 14 Oktober 2012 . Esok sudah kerja . Hujung minggu yang agak sibuk . Jumaat malam Sabtu yang amat pening kepala . Tergolek - golek . Ini hari baru lega pening kepala . Tadi nenek dengan Cik Did datang sekejap . Emak dengan Cik Did ke Kursus Dr Azizan Yang Mantap itu . Gambar Singapura yang amat moden sekali ! Tetapi mahal untuk ada kereta dibeli . 

Cerita terbaru pasal Genneva  apa pelaburan amat menggamit pemyimpan dan pelabur mereka . Moga cepat selesai masalah mereka itu . Ada yang menyimpan RM 200 000 sebulan boleh dapat pulangan RM 8 000 ! Terlalu banyak komitmen dan tanggungan mereka . Peringatan pada kita semua untuk berhati - hatian juga .

Oh semalam juga isteri saya pening kepala . Alhamdulillah Alyaa sihat sudah . Cuma habiskan antibiotik sahaja . Bermain sungguh - sungguh dia di rumah . Bila bosan bermain , menonton Upin dan Ipin pula . Syukur pada Allah . Moga Allah lindungi dan peliharai kita semua . Semalam menyorot filem dari tahun sebelum merdeka sehingga kini . Tahun 2012 menunjukkan kutipan filem yang kurang memberangsangkan . Cerita `29 FEBRUARI` pun tidak laku . Tahun 2010 dan tahun 2011 lebih baik . Esok kerja ! Kena siapkan PPA / YER / YEPR . Apalah sangat kerja saya ini tahun . Jumaat lepas [ 12 Oktober 2012 ]  jumpa Doktor Yap . Beliau mengesyorkan agar sedikit pembedahan pada telinga kerana makin mengecil . Dia akan berbincang dan beri cadangan nanti . Takutttttttttttttttttttttttttttttttttttttt !



 

 kata - kata ini hari : “Everyone should be able to do one card trick, tell two jokes, and recite three poems, in case they are ever trapped in an elevator.” 
― Lemony Snicket, Horseradish: Bitter Truths You Can't Avoid

   

 laman web hari ini : RizQi ZAff

  __________________________________________________


::: jerami :::

0 comments


===================================================
Foo Fighters - "Hey, Johnny Park!"
=====================================

come and I'll take you under
this beautiful bruise's colors
everything fades in time it's true
wish that I had another
stab at the undercover
was it a change in mind for you

it's impossible
I can't let it out
you'll never know
am I selling you out
sit and watch
your every mood

your eyes still remind me of
angels that hover above
eyes that can change from blind to blue

now that I've found my reward
I'd throw it away long before
I'd share a piece of mine with you


 

 p/s : Salam Oktoberia .

Irama `grunge` Foo Fighters berkumandang . Diselangseli bunyi permainan Samsung Galaxy S III oleh Alyaa . Irama Foo Fighters menyambungikan era Nirvana . Cuma kini mereka dengan cara mereka . Di Malaya kami rendukan Butterfingers . Ke manakah Emmett ? Dulu saya server di #Bingseng . Entah siapa beri nama ntah . Zaman dahulu semuanya #mIRC32 . Kini FB sana dan sini . Saya kenali Foo Figthers pun di SDAR . Ada kawan - kawan yang beli zaman itu kaset . Cover kaset memang hensem . Seingat saya tidak pernah beli kaset mereka . Tadi `ALIEn` tag gambar pemain radio kaset saya di Universiti Teknologi Petronas . Tahun pertama 2000 . Mana ada bawa komputer mahupun CD player . Itu lah tempat dengar radio . Radio pun tidak seberapa . Saya siap membuat kaset sendiri dengan rekod dari radio . Punyalah banyak masa ! Kini pelajar U masuk tahun pertama dah ada pelbagai gajet multimedia . Kerana kurang hiburan maka berlibur lebih dengan kawan - kawan . Bagi saya suara Dave Grohl tidak terlalu kacak namun layan ! 

Jauh menerewang ? Esok sambung pemeriksaan susulan di Prince Court Medical Centre untuk Alyaa bertemu Dr Yeo . Moga semua baik insyaAllah . Sebulan ini saya rehat . Buat PPA / YER / gorengan . Apalah saya buat tahun ini ? Penat korek korek korek ~ Malam oktoberia .

   

 kata - kata ini hari : “Think left and think right and think low and think high. Oh, the thinks you can think up if only you try!” 
― Dr. Seuss

 

 laman web hari ini : Idris Talu


  __________________________________________________


::: umpil :::

0 comments



===============================
Assalamualaikum
by Malique
===============================

Assalamualaikum

RAP,rythm and poetry
Terjemahannya ritma atas puisi
jurucakap institusi intuisi
berjasa pada semua mcm pensil 2B
otak kanan tekan tubi, pena jadi deltoid
lagu minum protein, rap suntik steroid
dua kati creatine aku android
datang sesekali impak asteroid, boom
aku kejam, kuhilang, kau rindu
lepas tampar mau cium satu minggu, woo
jangan begitu, jangan mengada
macam mana boleh rindu, mawi kan ada kan?

assalamualaikum
realitinya ini 08
bintang realiti kujadikan sarapan
makan lima mangkuk tanya, mana sarapanku?
makan lima mangkuk lagi, mana sarapanku?
aku lapar, ya mana musuh terkini?
aku bakar.terbalikkan di pasar mcm mussolini
mana kundalini? tak kunjung tiba
sakti jadi hiba tapi fokus
chakra berputar-putar kejar titik lokus

tafakur, asmara, semua posisi lotus,
yup, best of both worlds I'm the dopest
look into the mirror,yup yup you the closest
I flip language like sandwich
either side same phat shit like goddamn it
and if you got a problem with me being malay dude
lets take it back to 1511

ya, ya 1511
jom bertikam lidah dengan hamba dalam aku
aku pantang kalah, bangun bila jatuh
kalau patah sayap bertongkatkan paruh
shhhhh

ku punya teman yang punya teman
yang boleh buat engkau hilang teman
jadi dari buat lawan, baik buat kawan
dari bagi jari, baik angkat tangan
sepuluh jari ke atas macam kena tangkap
kalau ingkar kupotong tujuh jadi pengakap
ikan duri, gelama, senohong, siakap
rapper penipu,

pembohong semua ku pap pap
bukan terhandal, bukan terkuat
cuma terhandal dalam apa yang ku buat
jadi bila general berucap, sampai darah gusi
tolong ceraikan buntut dari kerus bangun



 p/s : Khamis.4.Oktoberia.2012

Salam Bilik Kami ,

Tadi pagi sesak amat bangat teramat paling ! Kami keluar rumah jam 7.00 pagi namun sampai KLCC sampai jam 9.00 pagi . Kalau ikut 2 jam boleh sampai Ipoh atau Melaka tahu . Apa kan daya bukan . Isteri ada pula mesyuarat jam 9.00 pagi . Saya membungkus kueh 3 biji dari cucuq sahaja . Tengahari dekat jam 2.00 baru kami makan . Makan agak berat .

Seronok tengok Alyaa makan nasi malam banyak . Kami makan roti bakaq ! Sedap buat sendiri . Seminggu kini aku rasa sekejap . Sebulan pun pantas sebab hari - hari isi kalendar . Sudah ada ramalan . Kita merancang tapi Allah tentukan . Tadi terserempak Popo dan Chenol dalam lift . Terasa rinduan pada Kerteh . Kehidupan KL banyak habis masa dalam jalanraya :O . Oh tadi sudah submit LBVF . Esok ada mesyuarat pra serahan kuasa ketua jabatan kecil teknikaliti kami . Moga berjalan lancar . Esok juga ada ``jualan`` untuk ahli ISETAN wuhuuu . Oh 2 -3 hari lagu MAlique sahaja . Nak wat bagaimana ? Bereh .

 

 kata - kata ini hari : “Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough” 
― Oprah Winfrey

 

 laman web hari ini : Pelangi Haty

   

 

__________________________________________________


::: lupa :::

0 comments



=================================
Antigraviti – Faizal Tahir
=================================

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Bebas berlari
Waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap tunggu

Mahu ku sapu
Mahu berseri selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Jangan dibimbang
Waktuku tak mati sini
Dan ku mula episod baruku

Round ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu
Begitu laju
Menunggu saat bersatu
Nantikan aku
Kembali ke pangkuan mu
Dapatkah kamu menerima aku
Mahukah waktu mengubati segala pilu yang lalu

Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu


 

 p/s : Selasa.2.Oktober.2012.

Salam  Cheras ,

Kenapa semua tema boss ini ? Boss `immediate` saya akan memindahkan diri ke Borneo . Kami dalam jabatan teknikaliti dan pengurusan akan menerima `boss` baru . Sudah genap setahun juga dengan `boss` saya ini di KL . Bukan senang memimpin . Lebih lagi yang ingin melakukan kerja adalah orang bawahan . Namun orang atasan tanggungjawab pada merangka strategi pengurusan dan menetapkan objektif . Saya pun sudah boleh terima pemikiran atasan walau terpaksa melupakan akar umbi . Masing - masing ada tanggungjawab perlu dilaksanakan . Moga `boss` baru boleh memimpin kami ke arah kecemerlangan !


   

 kata - kata ini hari : “When we are tired, we are attacked by ideas we conquered long ago.” 
― Friedrich Nietzsche


   
 laman web hari ini : Life.Passion.Hope.Love
   __________________________________________________


::: yoyo :::

0 comments


=================================
Pelangi Senja - Stacy
=================================

Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...

 

 p/s : Isnin 1 Oktober 2012 , hari baru bermula . Permulaan minggu pekerjaan . Memulakan hari dengan sarapan di tingkat empat . Sesak jalan macam biasa satu jam setengah juga atas jalan . Hari lain mungkin lebih kurang sesak . Makan pagi roti telur dan nescafe tarek . Lama juga hendak menunggu siap roti canai gorengan . Masuk pejabat terus mulakan kerja dengan melihat surat elektronik dalam komputer peribadi . Hari yang agak efektif ! Tadi juga pertama kali cuba makan di Aseana Cafe KLCC bersama isteri . Makan -makan bersempena Belanjawan 2013 kononnya . Saya memesan `fish n chips` manakala isteri saya memesan `olio carbonara` . Komen kami layan juga rasanya ! Mahu tidur sudah jam 11.00 malam .

   

 kata - kata ini hari : “Happiness is waking up, looking at the clock and finding that you still have two hours left to sleep.” 
― Charles M. Schulz

   

 laman web hari ini : PENDAPAT PENTING


    __________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank