=====================================
Angin Kencang – Noh Salleh
=====================================
Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh
Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu
Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu
Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu
p/s : Isnin 13 Oktoberia 2014.
Patut aku kena ke Kota Kinabalu namun syukur ada pengganti maka aku tiada perlu pergi! Pergi pun semalam dan aktiviti tidak berapa `core`. Oh siapkan hasil `Kunci Pencapaian Indeks` untuk 2014 sepanjang paginya. Untuk tahun ke tujuh rasanya melakukan ini `KPI`. Tengahari 1 jam 40 minit juga diskusi dengan pengurus. Sukar dan mencabar sebab nak menggali kerja yang dibuat sendirian. Akhirnya saya berkatakan kepada pengurus barilah sahaja berapa `tara` saya redha dan
Terima sahaja. Bungkusan sahaja apa ada di MESRA. Petang bungkus ikan siakap tiga rasa ! Alhamdulillah.
Selasa 14 Oktoberia 2014.
Ini hari isteri tersayang ke Putrajaya ada Forum di sana dan mungkin balik lewat malam ada makan beradab dan bertema. Naik kereta berlainan. Oh ini hari makan tengahari dengan Bob kawan karib dari zamanan sekolah. Boleh dikatakan amat karib sebab `we can talk anything` . Omputih terlajak. Makan di Wong Solo mengimbau kenangan kampung pandan. Walau lama tidak ketemu namun banyak juga sempat diborakkan. Lagipun masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga begitu. Oh petang pula pulang awal sampai rumah 6.00 petang. Lambat siapkan barangan Hannah dan Alyaa barulah ambil emak dan ambil Hannah di sekolah. Eh Nurseri. Emak tegur-tegur rupanya kawan lama dia di Taman Cempaka dahulu. Oh kecil sungguh dunia ini. Pusing-pusing mesti jumpa punyalah. Ok sahaja Hannah dengan nenek dia itu. Lama juga dia tidur malam 7.30 – 8.30. Makan mak masak apa ada. Dekat 9.30 baru pulang ke rumah. Hoho. Tapi `overall` yang penting Hannah ok sahaja.
Rabu 15 Oktoberia 2014.
Hujan lebat ini pagi! Lebat sungguh. Tapi Alhamdulillah sampai KLCC swipe ngam 8.58 pagi. Ingat sudah lewat. Isteri tercinta pula lewat lalu jalan lain ke Putrajaya. Oh ke fisioterapi dan Alhamdulillah semua ok. Makin bagus kulit – kulit muka.
Oh kadangkala aku terlupa aku masih bertopeng.
Bonus.
Zero Dark Thirty memang Dark. Di timur tengah aku sudah hilang punca apa terjadi. Yang pasti yang patut kita tentang adalah keZALIMan Bashar tapi ada AMERIKA serang Bashar? Musykil. Cuma ada hikmah pejuangan itu ketemui Allah sudah.
Bonus lagi.
Bukit Bintang kejadian perlu dipandang seriustika.
Bonus Bonus.
Alhamdulillah penjawat awam dapat bonus Januari 2015.
kata - kata ini hari : “Before we acquire great power we must acquire wisdom to use it well.” - Ralph Waldo Emerson
__________________________________________________
0 Responses to “::: pintar :::”
Leave a Reply