-------------------------------------------------------
Aku Mahu Dia – Hazama
-------------------------------------------------------
Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu
Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang senyummu
p/s : Sabtu 11 Oktoberia 2014
Semalamnya Jumaat sudah dibentangkan Belanjawan 2015. Saya tidak mahu tengok lain kecuali BR1M. Seperti ditilik BR1M naik ke RM 950.00 setahun. Tetapi diberikan dalam tempoh 3 kali. Awal tahun , tengah tahun dan akhir tahun. Semoga dapatlah membantu yang memerlukan. Kalau bagi sekaligus terus habis. Lebih baik berikan berkala. Namun GST tetap dilaksanakan. Ubatnya ? Duduk diam-diam tidak payah beli apa-apa! Oh di FB PM juga masuk banyak pujian sudah selain `pujian`.
Sabtu Makcik Bunga tidak jadi datang kerna kurang sehat. Hari ini mesyuarat pertama kampung kami. Makan dahulu. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi. Daftar diri, tunjuk IC dan ambil kad untuk undian. Mesyuarat macam biasa memilih pengerusi, setiausaha dan bendahari. AJK pula 9 orang daripada 17 orang calon. Oklah pengerusi Puan yang biasa dengan bangunan sebagai Jurutera Sivil. Seronok angkat kad untuk mengundi. Cuaca pun ok Sabtu. Cuma berlaku kejadian gurau senda bila pembentangan `budget` caj khidmat. Saya layan sahajalah begitu. Semua setuju dan usul diluluskan. Cuma apabila bahagian awam banyak yang perlu disiapkan pemaju begitu. Dekat 1.30 tengahari juga baru selesai mesyuarat. Huh.
Petang ke Bran Home beli sofa baru. Malam burger king!
kata - kata ini hari : “Don’t take yourself too seriously. And don’t be too serious about not taking yourself too seriously.” – Howard Ogden
__________________________________________________
0 Responses to “::: jumpaan :::”
Leave a Reply