--------------------------------------------
Hijrah menuju Allah - Devotees
--------------------------------------------
Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai
Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah
p/s : Isnin 6 Oktober 2014
Hari ini santai sahaja di rumah. Pepagi menengok Blue Ray `Jason Bourne` . Aku pun tidak tahu berapa kali aku melihat filem tersebut namun mahu tengok sahaja. Uhuks. Tengahari ke Aeon sebentar beli belah. ALyaa mahu beli barangan Frozen dan makan aiskrim. AlHAMDULILLAH dapat meletak kenderaan depan Aeon. Tidak ramai sangat orang. Bolehlah. Terima kasih isteri tercinta masak tengahari tadi. Syukur.
Ahad 5 Oktober 2014
Selamat Hari Raya Aidiladha. Beraya di Brisu , Melaka. Walau malam tidak berapa lena. Petang pulang ke KL tidak sesak. Sejam sahaja daripada Brisu ke BTHO. Malam makan bekal dari Cik Did.
Sabtu 4 Oktober 2014
Hari ini bawa Alyaa ke klinik pepagi periksa cuci telinga. Alhamdulillah ok semua cuma dapat antibiotik. Lepas itu cuci kereta sudah comot. Beli bekalan roti untuk pulang ke kampung. Setelah kemas - kemas dekat jam 1 tengahari bertolak. Sesak dari Nilai ke Seremban sejam juga. Makan di RNR Ayer Keroh sebab tidak mahu sesak di Alor Gajah konon. DEkat jam 5 juga sampai kampung!
Jumaat 3 Oktober 2014
Oh tidak pernah tertinggal `pressure garment` ini hari tertinggal pula di rumah. Sudah sampai KLCC 8.59 pagi kemudian pulang pergi balik kurang sejam. Minggu yang santai.
Khamis 2 Oktober 2014
Oh santai.
Rabu 1 Oktober 2014
Selamat datang Oktober. Selamat hari kenaikan minyak RM 0.20 seliter. Terima kasih UMNO!
kata - kata ini hari : A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.
Brad Henry
laman web hari ini :
__________________________________________________
0 Responses to “::: korban :::”
Leave a Reply