===================================
Azhael - Hujung Waktu
===================================
Kau selalu meragukan...
Apa yang disembunyikan minda
Oh selalu...
Kau selalu bertanyakan...
Apa benar ku rasakan cinta
Oh selalu...
Kurasaka tetapi ku hanya kaku
Dan membisu kelu
Aku cinta padamu...
Walau tiada lagi...
Hijau bumi masih terabadi
Aku cinta padamu...
Biarpun bintang jatuh...
Langit gugur hingga hujung waktu
Bila tahu isi hati...
Ku tahu kau akan lari pasti
Ku rasakan...
Biar jadi tanda tanya...
Biar ku simpan di dada saja
Ku rahasiakan...
Sampai mati masih ku membisu
Walau aku merasakan...
Aku cinta padamu walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi...
Aku cinta padamu...
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu
Mengapa baru terjaga...
Mengapa baru ku sedar
Melihat dunia ku...
Kian runtuh tanpamu
Bodohnya ku menyendiri...
Segalanya ku sembunyi...
Namun ku harus luahkan jua
Aku cinta padamu...
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi...
Aku cinta padamu...
Walau tiada lagi
Hijau bumi masih terabadi...
Aku cinta padamu...
Biarpun bintang jatuh
Langit gugur hingga hujung waktu
p/s : Selasa 16 September 2014
Selamat hari Malaysia ! Ke Pulau Pinang kita ! Saja berjalan - jalan ke Pulau sebelum ke Perlis besoknya. Saya pula teruskan ke Hard Rock Hotel untuk Kem Bina Semangat di sana. Perjalanan kami dari Bandar Tun Hussein Onn sekitar 8.50 pagi. Emak saya tidur semalam di rumah sebab ayah saya mengajar di Terengganu. Hujan agak renyai-renyai juga pagi. Lalu Viva sekitar 9.05 pagi. Jalan amatlah sangat bangat lancar. Masuk tol Jalan Duta jam 9.35 pagi. Maju terus lancar juga Alhamdulillah. Mata pun tiada mengantuk, Singgah isi minyak sahaja di Sungai Boleh PETRON. Makan sedikit bekal roti Gardenia sapu. Makan nasi lemak karang mengantuk pula. Huhu. Lalu di RNR Tapah sekitat 10.35 pagi dan RTC Perak sekitar 10.55 pagi. Terkejut isteri tercinta pabila tetiba saya memecut bila turun bukit . Kami berhenti berehatan di RNR Sungai Perak. Mandikan Hannah yang comel dan teman Alyaa makan nasi dan ayam goreng. Saya dan isteri makan nasi goreng sahaja. Teruskan perjalanan dan kami menyusuri tol Jambatan kedua LGE jam 1.35 tengahari. 10 minit kemudian kami sudah berada di Pulau Mutiara iaitu 1.45 tengahari. Kami tiba di Hotel Equatorial sekitar 2.00 petang.
Oh gigih juga hendak memilih hotel kerna mencari hotel mesraan bayi. Haha. Untuk Hannah tidur dengan selesanya. Sudah telefon itu hari dan pasti ada `baby cot` baru `booking` ini hotel. Lokasi pun kami pilih dekat kota. Ada 2 pilihan dengan Vistana memandangkan Vistana terlalu urbanisasi kami pilih ini Bukit Jambul. Uhuks. Oh check in dahulu baru parking. Oklah sebab 2.10 petang sudah siap check in dan berada di bilik. Bilik kami 0714. Di tingkat 7. Pemandangan menarik nampak padang golf, bandar, pulau dan jambatan. Kami memesan hidangan dalam bilik sahaja tidak larat untuk keluar dan Hannah yang sudah lena tidur. Kami makan `banana split` , spageti dan `fish and chips`. Banyak dan sedap. Bercerita tentang Equatorial mereka hanya tinggal 2 sahaja cawangan di Penang dan Melaka. Sob9. Cameron Highlands dan Bangi sudah bertukar hak milik. Sempat ke Equatorial Cameron Highlands dan servis mereka bagus sekali walau di Cameron ada sedikit gado-gado dengan kaunter. Petang jam 5.00 berjalan pusing `pool` dan taman di bawah. Daaaa.
kata - kata ini hari :
Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind.
- Dr. Seuss
__________________________________________________
0 Responses to “::: mutiara :::”
Leave a Reply