FREEDOM! FOREVER!



::: pulas :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




=============================
Matahari - Hafiz AF7
=============================

Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu


p/s : Rabu 17 September 2014
Alhamdulillah lena tidur kami sekeluarga. Hannah tidur di `baby cot` dia. Siap ada sarung bantal, sarung tilam dan bantal sekali. Ada pekerja hotel makcik 2 orang hantarkan katil. Oh malam tadi Alyaa kelaparan beli nasi goreng biasa di mamak. Kami bersarapan pukul 9 lebih. Banyak sungguh juga pilihan di Equatorial ini. Selepas itu kami berkemas - kemas dan `check out` sekitar 12.00 tengahari. Terus kami bergegas ke Tesco Seberang Jaya untuk hantar Alyaa, Hannah dan isteri tercinta tukar kereta untuk ke Kangar pula. 

Saya pula perlu ke kem bina semangat di Hotel Hard Rock! Perjalanan ke Batu Feringghi hampir 45 minit begitu. Sampai ke sana solat dan makan dulu di mamak Khaleel. Dahulu waktu di USM memang kerap sungguh makan di mamak Khaleel. Macam biasa maggie goreng telur mata dan nescafe ais satu! Ya borong dulu makanan rapu untuk bekalan kerna kat hotel mungkin runcit mahal. Oh saya terus `check in` dalam 3.30 petang. Disambut oleh pengurusan kem di Dewan. Oh dapat bilik! Bilik katil `king` dan mengadap lautan. Alangkah seronok kalau keluarga dapat ikut sertaan. Petang santai sahaja. Saya pula kena buat laporan sedikit. Malam jam 8.00 aktiviti makan `course` dinner kedai makan SeaFood. Oklah ada geng `expatariate` dari Indonesia. Dekat 10 hidangan! Habis makan dalam 10.00 malam kemudian ada sedikit aktiviti dengan Dr Saiful di Dewan Hotel. Layan~ Dekat jam 11.00 pagi tidur ~

Khamis 18 September 2014
Bangun  pagi sarapan awal konon lapar. Hehe. Mesyuarat bermula pukul 8.00 pagi. Dengar pembentangan dan perbincangan dari semua pehak. Bagus bawa `laptop` boleh sambil mesyuarat buat kerja. Pukul 1.00 tengahari baru habis dan makan! Pukul 2.00 petang kami beraktiviti `bina semangat` di ESCAPE. Tempat pengembaraan. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan ada  8 - 9 orang. Oklah dapat beraktiviti. Ada 3 cabaran sahaja. Ala-ala `bungy jumping` , naik titian dan `house climbing`. Semua aku berjaya kecuali ala-ala bungy jumping. 20 meter itu ! Sudah pakai harness semua tetapi terasa cuak serum terus turun. Huhu. Can`t fight the fear . Cuba lagi nanti ! Dekat 6.00 petang juga habis. Peluh lencun. Balik hotel layan tengok laut dahulu. Menarik juga tengok orang `para gliding`. Malam pula `dinner` dengan tema `Rock n Roll`. Makanan sedap juga. Layan~ duduk dengan geng KL. Malam hujan. Sejuk w000~

   

 kata - kata ini hari : “The real voyage of discovery consists not in making new landscapes but in having new eyes.” – Marcel Proust

   

 laman web hari ini : Ana Jingga
  __________________________________________________


0 Responses to “::: pulas :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank