FREEDOM! FOREVER!



::: liku :::

0 comments


----------------------------
Sia Furler
Chandelier
----------------------------

Party girls don't get hurt
Can't feel anything, when will I learn?
I push it down, push it down

I'm the one for a good time call
Phone's blowing up, they're ringing my doorbell
I feel the love, feel the love

1, 2, 3 1, 2, 3 drink
1, 2, 3 1, 2, 3 drink
1, 2, 3 1, 2, 3 drink

Throw 'em back till I lose count

I'm gonna swing from the chandelier
FROM THE CHANDELIER
I'm gonna live like tomorrow doesn't exist
Like it doesn't exist

I'm gonna fly like a bird through the night
Feel my tears as they dry
I'm gonna swing from the chandelier
FROM THE CHANDELIER

And I'm holding on for dear life, 
Won't look down, won't open my eyes
Keep my glass full until morning light
'Cause I'm just holding on for tonight

Help me, I'm holding on for dear life
Won't look down, won't open my eyes
Keep my glass full until morning light
'Cause I'm just holding on for tonight
On for tonight

Sun is up, I'm a mess
Gotta get out now, gotta run from this
Here comes the shame, here comes the shame

1, 2, 3 1, 2, 3 drink
1, 2, 3 1, 2, 3 drink
1, 2, 3 1, 2, 3 drink

Throw 'em back 'till I lose count

I'm gonna swing from the chandelier
FROM THE CHANDELIER
I'm gonna live like tomorrow doesn't exist
Like it doesn't exist

I'm gonna fly like a bird through the night
Feel my tears as they dry
I'm gonna swing from the chandelier
FROM THE CHANDELIER

And I'm holding on for dear life, 
Won't look down, won't open my eyes
Keep my glass full until morning light
'Cause I'm just holding on for tonight

Help me, I'm holding on for dear life
Won't look down, won't open my eyes
Keep my glass full until morning light
'Cause I'm just holding on for tonight
On for tonight

'Cause I'm just holding on for tonight
On for tonight
On for tonight
On for tonight


p/s : Jumaat 24 Oktoberia 2014

Homedec pula. Kami ke Homedec selepas isteri tercinta belikan tiket untuk saudara dari PErlis untuk ke MotoGP. Kami punya misi mencari `penapisan air` yang berpatutan. Kami terlihat penapisan air GE tetapi penjual terlalu sibuk pula. Kami berjalan-jalan dan tersangkut di gerai penapisan air CXXXY. Kami dengar penjelasan dan menarik namun spesifikasi kurang menepati untuk kami iaitu tidak mahu air panas dan air sejuk. Kami mahu air suhu bilik. Kami pun lebih mahukan penapisan air dari luar rumah. Maka terpaksa kami menolak penjualan itu. Oh. Kami berjalan lagi dan terjumpa `fire extinguisher` yang comel maka kami belilah 1 bersama `smoke detector`. Safety come first! Kemudian kami pusing sampai habislah namun belum berjaya esok cobaan lagi. Makan burger Fuel Shack dan tapou mamak sahaja.Pulang marilah pulang!

Sabtu 25 Oktoberia 2014

Oh bangun pagi santai. Tengahari ke Homedec misi mencari Penapisan Air diteruskan. Kami terus ke GE. Sebelum itu singgah di BacFree namun harga bapak hang mahalnya~ Deal dan berjaya~ huhu. Alhamdulillah. 8 Nov pasang ! Seterusnya cari makan singgah makan di KLCC. Kemudian pulanglah.

 

kata - kata ini hari : A ship in port is safe, but that is not what ships are built for – Grace Murray Hopper

   

 laman web hari ini : GLITTERATTOOOO

  __________________________________________________


::: lelangit :::

0 comments



Lelangit indah malam ini
Lupakan duit banyak berguni
Semua bekerja walau kerani
Ada juga yang rajin berseni

Mentari muncul di tepi lentera
Tidak ramai mahu jadi tentera
Semua diam simpan suara
Mari berlawan di Mont Kiara

Bintang jauh nun di angkasa
Mari berlatih menjadi perkasa
Susah senang semua kita rasa
Alah bisa tegal biasa

Isnin 27 10 2014 10:23 PM

 

 p/s : Jumaat 24 Oktoberia 2014 [2.0]

Ini hari cuti ganti Awal Muharram. Kami cuti `dating` ke IKEA dan KLCC. Kombo begitu. Hik hik hik hik. Kami ke IKEA seawal 8.10 pagi dan tiba ke pintu utama IKEA tepat 9.00 pagi. Dapatlah kami `parking` vallet hadapan pintu masuk. Punyalah ramai manusia mahu menyerbui IKEA! 9.30 pagi baru buka. Kami pusing jalan kaki tetangkap gambar dahulu lalu jalan depan. Macam pelancong pula. 9.10 pagi pintu kedai makan IKEA dibuka maka menyerbu semua orang berebut-rebut. Bergasak- gasak mencapai KOPI IKEA. Ok kidding. Santai sahaja beratur. Pilih – pilih apa ingin makan. Kami makan biasa-biasa Cuma tambahan `meatballs`. Pertama kali coba dan memang lembu sejati sebenar. KOPI IKEA percuma dan boleh isi semula. Saya tidak isian semula sebab tidak larat. Oh ramai semua bangsa ada sarapan di sini. Ada nampak gaya macam memang hari-hari makan sini sebab makanan sempoi dan KOPI yang kaw. 

Setelah kenyang kami berpusing-pusing berangan-angan pula di IKEA. Sasaran kami rak untuk letak barangan basuh baju di luar. Jumpa yang berkenan Cuma tiada warna merah habis yang ada warna putih. Beli juga bebenda lain. Sekitat 11.30 pagi sudah beratur bayar dan agak panjang. Terjumpa kawan kami Deebah memula macam ye macam tidak. Dia tegur isteri daya dan betullah dia itu. Sudah anak dua. Tapau KOPI bebintang sebelum ke KLCC pula. Oh 30 minit sahaja sudah berada di KLCC. Solat Jumaat di menara SATU. Ingat kosong rupanya penuh boleh tahan juga orang Solat JUMAAT. Naik ikut luar melalui filharmonika PETRONAS.

Seterusnya HOMEDEC!

   

 kata - kata ini hari : “You cannot tailor make the situations in life, but you can tailor make the attitudes to fit those situations before they arise.” – Zig Ziglar

   

 laman web hari ini : Nurul NHAA
  __________________________________________________


::: wakaf :::

0 comments


======================================
Wawasan Hijrah – Rabbani
======================================

Hijrah, hijrah
Mengajak kita berubah
Menuju tamadun ummah gemilang
Wawasan hidup diberkati

Maju membangun disegala segi
Hijrah, hijrah
Meningkatkan ilmu dan keimanan
Membina diri kearah bertaqwa

Amalan dibina maruah dijaga
Bangun kearah pembaharuan
Amanah keikhlasan keharmonian
Jadikanlah landasan

Hijrah, hijrah
Memancarkan sinar harapan
Menuju wawasan kegemilangan
Ke arah membina kewibawaan insan

Saling berbakti menabur jasa
Perpaduan terpelihara
Keprihatinan sesama insan
Lambang kemuliaa

 

 p/s : Jumaat 24 Oktoberia 2014 (1)
Salam Maal Hijrah !

 

kata - kata ini hari : “Successful people ask better questions, and as a result, they get better answers.” - Tony Robbins

 

laman web hari ini : Rojak Pasembor
  __________________________________________________


::: luntur :::

0 comments

 

=====================================
Aku Juga Manusia – Amir Jahari
=====================================


Ku termenung seorang
Ku menangis disebalik sepi
Ku mencari cebisan memori
Yang kunamakan misteri

Ku tertawa mendengarnya
Ku mengerti aku siapa
Ku tak peduli sebenarnya apa yang kau ada
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..
Aa.. aa.. aa.. aa.. aa.. a..

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Jangan kau menilai dari rupa
Kerna semuanya milik Dia
Hati ini akan ku jaga
Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo oo oo

Kerna ku hanya manusia biasa
Oo oo oo

   

 p/s : Khamis 23 Oktoberia 2014
HAri ini tidak ria. KErja keras. Oh sempat jumpa penasihat kepenggunaan kami tadi. Oh terima kasih BARISAN NASIONAL tidak ada lagi subsidi Jun 2014. Cita-cita PM Najib dan Ahmad Maslan tercapai.

 

kata - kata ini hari : “Your attitude is an expression of your values,beliefs and expectations.” – Brain Tracy

   

 laman web hari ini : Zaren88

  __________________________________________________


::: Harian :::

0 comments

 

Selasa 21 Oktoberia 2014 

 Cant touch this, cant touch that. Oh I cant explains on the issues. Already so many commenters out there. Oh mari bercerita tentang cita-cita. Apa cita-cita kita semua. Saya cerita ini sebab kedengaran rakan seperFYPan saya `circa` 2005 di USM Penang sudah mendapati Ijazah Kedoktoran itu. 10 tahun juga untuk jadi Doktor setelah melangkah dengan Master. Saya punya FYP pun agak cemerlang masuk EDX Finalist Gerombolista. Kini mengajar pula mungki dia. Cita-cita CEO Chatime masa hendak mulakan perniagaan di Pavillion Bukit Bintang ditolak. Setelah diyakini baharulah dapat buka kiosk di Pavillion. Itupun 4 bulan pertama jualan 100 cawan kemudian meningkat ke 400 cawan dan pernah sampai maksima 1200 cawan ! 1200 cawan bersamaan lebih kurang RM 7200 secara congaknya. Oh cita-cita Azmin Ali juga sudah tercapai dengan menjadi Menteri Besar Selangor. Siapa pernah jangka ? Cita - cita Tan Sri Khalid pula berjaya dengan `bersara` dengan amannya dan paling penting `left` with good. Cita - cita amat tinggi tentulah Tan Sri Hassan Marican yang bijak lepas dari PETRONAS ke luar NEGARA. Kalau masih di sini mungkin sudah seangkatan dengan bekas CEO Maybank. 

Cita - cita aku ? Tidak mahu pakai topeng lagi. Keh keh keh keh keh. Oh isu isu isu kita haruslah bersatu. Setiap isu sahaja kita berpecah belah umat Islam. Boleh tidak kita bersatu dalam konteks hormat menghormati? Bila kita tidak bersatulah kita dieksploitasi. Maka tepuk tangan lah Rothchilds dan Illuminati. Oh lala . Oh tengahari sudah hujan. Selamat Datang Musim Tengkujuh .

 __________________________________________________


::: pintar :::

0 comments


=====================================
Angin Kencang – Noh Salleh
=====================================

Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

 

 p/s : Isnin 13 Oktoberia 2014.

Patut aku kena ke Kota Kinabalu namun syukur ada pengganti maka aku tiada perlu pergi! Pergi pun semalam dan aktiviti tidak berapa `core`. Oh siapkan hasil `Kunci Pencapaian Indeks` untuk 2014 sepanjang paginya. Untuk tahun ke tujuh rasanya melakukan ini `KPI`. Tengahari 1 jam 40 minit juga diskusi dengan pengurus. Sukar dan mencabar sebab nak menggali kerja yang dibuat sendirian. Akhirnya saya berkatakan kepada pengurus barilah sahaja berapa `tara` saya redha dan
Terima sahaja. Bungkusan sahaja apa ada di MESRA. Petang bungkus ikan siakap tiga rasa ! Alhamdulillah.

Selasa 14 Oktoberia 2014.

Ini hari isteri tersayang ke Putrajaya ada Forum di sana dan mungkin balik lewat malam ada makan beradab dan bertema. Naik kereta berlainan. Oh ini hari makan tengahari dengan Bob kawan karib dari zamanan sekolah. Boleh dikatakan amat karib sebab `we can talk anything` . Omputih terlajak. Makan di Wong Solo mengimbau kenangan kampung pandan. Walau lama tidak ketemu namun banyak juga sempat diborakkan. Lagipun masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga begitu. Oh petang pula pulang awal sampai rumah 6.00 petang. Lambat siapkan barangan Hannah dan  Alyaa barulah ambil emak dan ambil Hannah di sekolah. Eh Nurseri. Emak tegur-tegur rupanya kawan lama dia di Taman Cempaka dahulu. Oh kecil sungguh dunia ini. Pusing-pusing mesti jumpa punyalah. Ok sahaja Hannah dengan nenek dia itu. Lama juga dia tidur malam 7.30 – 8.30. Makan mak masak apa ada. Dekat 9.30 baru pulang ke rumah. Hoho. Tapi `overall` yang penting Hannah ok sahaja.

Rabu 15 Oktoberia 2014.

Hujan lebat ini pagi! Lebat sungguh. Tapi Alhamdulillah sampai KLCC swipe ngam 8.58 pagi. Ingat sudah lewat. Isteri tercinta pula lewat lalu jalan lain ke Putrajaya. Oh ke fisioterapi dan Alhamdulillah semua ok. Makin bagus kulit – kulit muka.
Oh kadangkala aku terlupa aku masih bertopeng.

Bonus.

Zero Dark Thirty memang Dark. Di timur tengah aku sudah hilang punca apa terjadi. Yang pasti yang patut kita tentang adalah keZALIMan Bashar tapi ada AMERIKA serang Bashar? Musykil. Cuma ada hikmah pejuangan itu ketemui Allah sudah.

Bonus lagi.

Bukit Bintang kejadian perlu dipandang seriustika.

Bonus Bonus.

Alhamdulillah penjawat awam dapat bonus Januari 2015.

 

kata - kata ini hari : “Before we acquire great power we must acquire wisdom to use it well.” - Ralph Waldo Emerson

 

laman web hari ini : RedScarZ

  __________________________________________________


::: jumpaan :::

0 comments


-------------------------------------------------------
Aku Mahu Dia – Hazama
-------------------------------------------------------

Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang senyummu

 

 p/s : Sabtu 11 Oktoberia 2014
Semalamnya Jumaat sudah dibentangkan Belanjawan 2015. Saya tidak mahu tengok lain kecuali BR1M. Seperti ditilik BR1M naik ke RM 950.00 setahun. Tetapi diberikan dalam tempoh 3 kali. Awal tahun , tengah tahun dan akhir tahun. Semoga dapatlah membantu yang memerlukan. Kalau bagi sekaligus terus habis. Lebih baik berikan berkala. Namun GST tetap dilaksanakan. Ubatnya ? Duduk diam-diam tidak payah beli apa-apa! Oh di FB PM juga masuk banyak pujian sudah selain `pujian`.

Sabtu Makcik Bunga tidak jadi datang kerna kurang sehat. Hari ini mesyuarat pertama kampung kami. Makan dahulu. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi. Daftar diri, tunjuk IC dan ambil kad untuk undian. Mesyuarat macam biasa memilih pengerusi, setiausaha dan bendahari. AJK pula 9 orang daripada 17 orang calon. Oklah pengerusi Puan yang biasa dengan bangunan sebagai Jurutera Sivil. Seronok angkat kad untuk mengundi. Cuaca pun ok Sabtu. Cuma berlaku kejadian gurau senda bila pembentangan `budget` caj khidmat. Saya layan sahajalah begitu. Semua setuju dan usul diluluskan. Cuma apabila bahagian awam banyak yang perlu disiapkan pemaju begitu. Dekat 1.30 tengahari juga baru selesai mesyuarat. Huh.

Petang ke Bran Home beli sofa baru. Malam burger king!
 

kata - kata ini hari : “Don’t take yourself too seriously. And don’t be too serious about not taking yourself too seriously.” – Howard Ogden
 

laman web hari ini : Anuar Manshor

  __________________________________________________


::: korban :::

0 comments


--------------------------------------------
Hijrah menuju Allah - Devotees
--------------------------------------------

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu 

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

 

 p/s : Isnin 6 Oktober 2014
Hari ini santai sahaja di rumah. Pepagi menengok Blue Ray `Jason Bourne` . Aku pun tidak tahu berapa kali aku melihat filem tersebut namun mahu tengok sahaja. Uhuks. Tengahari ke Aeon sebentar beli belah. ALyaa mahu beli barangan Frozen dan makan aiskrim. AlHAMDULILLAH dapat meletak kenderaan depan Aeon. Tidak ramai sangat orang. Bolehlah. Terima kasih isteri tercinta masak tengahari tadi. Syukur.

Ahad 5 Oktober 2014
Selamat Hari Raya Aidiladha. Beraya di Brisu , Melaka. Walau malam tidak berapa lena. Petang pulang ke KL tidak sesak. Sejam sahaja daripada Brisu ke BTHO. Malam makan bekal dari Cik Did.

Sabtu 4 Oktober 2014
Hari ini bawa Alyaa ke klinik pepagi periksa cuci telinga. Alhamdulillah ok semua cuma dapat antibiotik. Lepas itu cuci kereta sudah comot. Beli bekalan roti untuk pulang ke kampung. Setelah kemas - kemas dekat jam 1 tengahari bertolak. Sesak dari Nilai ke Seremban sejam juga. Makan di RNR Ayer Keroh sebab tidak mahu sesak di Alor Gajah konon. DEkat jam 5 juga sampai kampung!

Jumaat 3 Oktober 2014
Oh tidak pernah tertinggal `pressure garment` ini hari tertinggal pula di rumah. Sudah sampai KLCC 8.59 pagi kemudian pulang pergi balik kurang sejam. Minggu yang santai.

Khamis 2 Oktober 2014
Oh santai.

Rabu 1 Oktober 2014
Selamat datang Oktober. Selamat hari kenaikan minyak RM 0.20 seliter. Terima kasih UMNO!

   

 kata - kata ini hari : A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.
Brad Henry

   

 laman web hari ini : 

Rizwan Ewan

Konah

  __________________________________________________


::: serkap :::

0 comments


-------------------
5ajak
-------------------

Lawan - lawan
Apa kau lawan
Suatu hari nanti tertawan
Terbang jauh di balik awan

Tentang - tentang
Apabila musuh datang
Tercabut semua butang
Dari durian jadi kentang

Jerit - jerit
Tekak belum lagi perit
Silap langkah masuk parit
Luka pula tangan tergarit

Benci - benci
Semua hendak caci
Rehatlah kita minum laici
Santai - santai main Tai Ci

Gaduh - gaduh
Jangan jadi buduh
Ada orang tiada tempat berteduh
Ada yang terpaksa pakai anduh

Perang - perang
Semua pun hendak serang
Mana hilang terbangnya parang
Oh tunggu Jeneral yang garang

Tekan - tekan
Rakyat masih tidak cukup makan
Ada yang tidak mampu beli ikan
Yang kaya masih berbelanja sakan

Letih - letih
Aku dah letih
Makan bijih bertih
Kembalikan hati yang suci putih

Selasa 30 Septemberia 2014
9:52 AM
Kubikel 77

 

p.s. : 30 September 2014

Aku masih rebelis. Aku bukan konkulis. Cuma apa sahaja yang kita juangkan biarlah ada MAKNA. Tetiba datang idea. Idea aku tidak boleh dipaksa - paksa. Macam sasterawanan konon. Oh semalam Hannah kurang sihat. Bawa jumpa doktor sudah. Kasihan dia. InsyaAllah hari ini sihat sudah itu. Comel sungguh dia Hannah~ Oh esok juga isteri tercinta akan kembali ke pejabatnya. Oh masa untuk menggoreng Keputusan Kunci Indeks Prestasi Akhir Tahun untuk syarikat saya. Sebelum penghujung Oktober. Tetapi bermakna ada 2 bulan boleh santai amat! Keh keh keh keh. Sekejap sudah hendak 2015.

Minggu depan hari Raya Aidiladha!
 

kata - kata ini hari :  I didn’t fail the test. I just found 100 ways to do it wrong. –Benjamin Franklin

 

laman web hari ini : Chicky`s Little Voice

   

__________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank