Lelangit indah malam ini
Lupakan duit banyak berguni
Semua bekerja walau kerani
Ada juga yang rajin berseni
Mentari muncul di tepi lentera
Tidak ramai mahu jadi tentera
Semua diam simpan suara
Mari berlawan di Mont Kiara
Bintang jauh nun di angkasa
Mari berlatih menjadi perkasa
Susah senang semua kita rasa
Alah bisa tegal biasa
Isnin 27 10 2014 10:23 PM
p/s : Jumaat 24 Oktoberia 2014 [2.0]
Ini hari cuti ganti Awal Muharram. Kami cuti `dating` ke IKEA dan KLCC. Kombo begitu. Hik hik hik hik. Kami ke IKEA seawal 8.10 pagi dan tiba ke pintu utama IKEA tepat 9.00 pagi. Dapatlah kami `parking` vallet hadapan pintu masuk. Punyalah ramai manusia mahu menyerbui IKEA! 9.30 pagi baru buka. Kami pusing jalan kaki tetangkap gambar dahulu lalu jalan depan. Macam pelancong pula. 9.10 pagi pintu kedai makan IKEA dibuka maka menyerbu semua orang berebut-rebut. Bergasak- gasak mencapai KOPI IKEA. Ok kidding. Santai sahaja beratur. Pilih – pilih apa ingin makan. Kami makan biasa-biasa Cuma tambahan `meatballs`. Pertama kali coba dan memang lembu sejati sebenar. KOPI IKEA percuma dan boleh isi semula. Saya tidak isian semula sebab tidak larat. Oh ramai semua bangsa ada sarapan di sini. Ada nampak gaya macam memang hari-hari makan sini sebab makanan sempoi dan KOPI yang kaw.
Setelah kenyang kami berpusing-pusing berangan-angan pula di IKEA. Sasaran kami rak untuk letak barangan basuh baju di luar. Jumpa yang berkenan Cuma tiada warna merah habis yang ada warna putih. Beli juga bebenda lain. Sekitat 11.30 pagi sudah beratur bayar dan agak panjang. Terjumpa kawan kami Deebah memula macam ye macam tidak. Dia tegur isteri daya dan betullah dia itu. Sudah anak dua. Tapau KOPI bebintang sebelum ke KLCC pula. Oh 30 minit sahaja sudah berada di KLCC. Solat Jumaat di menara SATU. Ingat kosong rupanya penuh boleh tahan juga orang Solat JUMAAT. Naik ikut luar melalui filharmonika PETRONAS.
Seterusnya HOMEDEC!
kata - kata ini hari : “You cannot tailor make the situations in life, but you can tailor make the attitudes to fit those situations before they arise.” – Zig Ziglar
__________________________________________________
0 Responses to “::: lelangit :::”
Leave a Reply