FREEDOM! FOREVER!



::: kelmarin :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




Dalam lagu ada irama
Dalam irama ada drama
Cerita kita bersama
Cinta indah sekian lama

Dalam filem ada watak
Ada watak sembunyi dalam kotak
Ada kaca yang retak
Ada yang baik tapi kepala botak

Dalam cereka ada putih dan hitam
Ada yang main pakai hentam
Ada yang berlakon pitam
Ada yang di cafe makan ketam

Dalam hidup tiada skrip
Kadang - kadang makan sirip
Jarang - jarang muka mirip
Seringkali terlepas trip

Dalam dalam merenung dalam
Malam makin kelam
Berenang sudah kapal selam
Mari lena mencari tilam

10:57 AM 29 MAY 2015

 

 p/s : Isnin 25 MEI 2015
EL ini hari. Hannah macam demam sedikit. Pagi makan rotian. Tengahari 12.15 ke klinik. Banyak juga orang. Sempat lari bayar cukai pintu. Pukul 1.00 tengahari baru dapat jumpa. Hannah tiada demam dada pun ok Alhamdulillah. Beli cendol depan McD. Makan tengahari depan McD juga. Lepas itu sempat tempah untuk tengok penghawa dingin esok. Uhuks. Lari beli `bulb` sebelum kehujanan pula. Balik sahaja h ujan lebat. Oh la laa. Santai sebelum ambil Alyaa dekat pukul 6.00 petang. Ke AEON Big makan di `food court` untuk kali pertama. Makan mamak nasi goreng pattaya, mee goreng dan Alyaa lama kepingin roti canai telur. Lepas itu lalu ke DIY beli-beli.

Selasa 26 MEI 2015
Kesengalan kaki masa pergi kerja. Oh lari ke TTMC pukul 10.30 pagi. Doktor kata ada `muscle` strain. Dapat MC! Dekat jam 11.30 pagi selesai semua. Isteri tercinta setengah hari teman saya. Pulang bungkus nasi ayam di Djue. Lepas makan , makan ubat pula. Pukul 3.00 petang orang penghawa dingin datang baikikan dekat ruang tamu. Tengok juga lampu-lampu namun memang sistem sudah kurang mungkin.`Water heater` bawah pun sama juga. Uhuks. Petang baru ambil Hannah kemudian Alyaa

Rabu 27 MEI 2015
Pergi kerja macam biasa. Alhamdulillah semua ok sudah. Pukul 11.30 tengahari ke Bazaar Charity KSRP di Twin Towers Fitness Centre. Pertama kali jejakkan kaki dalam sepanjang di KLCC seumur hidupku! Oh isteri tercinta bawa pergi. Ada macam-macam terutama paling menarik ada `booth` Saiful Nang. Ada baju sarkastika tetapi tiada menarik pula. Ada buku SN baru tetapi tidak beli. Oh la laa. Lain baju, tudung, 'cup cake', makanan dan lain-lain. Baru mahu daftar Kopetro. Tapau tingkat empat. Petang pulang.

Khamis 28 MEI 2015
Oh jumpa doktor lagi cek kaki. Kena ambil darah tengok garam. Cuak tetiba. Oh pergi doktor pukul 9.30 pagi. Kena tunggu keputusan pukul 12.00 tengahari. Isteri tersayang suruh urut kaki dari 10.30 - 11.15 begitu. Oh ada tempat urut kaki senyap dan nyaman di KLCC rupanya cuma harga premium begitu. Masuk ke pejabat kemudian ambil `result`. Alhamdulillah semua ok sahaja. Semangatlah! Oh lepas itu pergi bungkus makanan di tingkat 4. Sambung bekerja keras kemudian mesyuarat untuk esoknya pukul 4.00 petang - 5.00 petang. Burppp.

    

 kata - kata ini hari : “If you always put limit on everything you do, physical or anything else. It will spread into your work and into your life. There are no limits. There are only plateaus, and you must not stay there, you must go beyond them.” – Bruce Lee

   

 laman web hari ini : RAJA ZULITA

   

__________________________________________________


0 Responses to “::: kelmarin :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank