Mon10Sep2012
.
Sudah hampir setahun saya ditempatkan di tempat baru di tingkat 77 ini . Sudah setahun juga tugasan baru ini saya perolehi . Alhamdulillah saya
sudah boleh membiasakan diri dan menyelesaikan tugasan yang diberikan . Waktu awal , September 2011 - Disember 2011 selama 4 bulan sahaja dihabiskan
untuk pengenalan semula dan juga memanaskan enjin minda dan jiwa . Saya sedar kini saya lebih hargai kehidupan disamping `enjoy` konon membuat kerja .
Bertugasan luar di Sabah dan Sarawak sudah beberapa kali . Cuma kurang seronok kerana kebanyakan kerja lebih kepada sendirian . Kurang kerja
berkumpulan seperti dahulu . Ada juga pun tugasan bersama lebih kepada `pairing` . Itupun sudah agak `senior` . TP saya berikan saya 2 - 3 tahun untuk
berada di sini sambil memulihkan diri sebelum memilih masa hadapan . Kalau ada jodoh dengan syarikat ini ada 25 tahun lagi tahu ! Itupun andai dipanjangkan umur
insyaAllah .
Rakan sepejabat di sini pun perlahan - lahan sudah ngam . Boleh borak - borak layan dan buat lawak semua sudah . Tidak ada sombong atau pun bongkak diri sama
seperti saya di tempat lama dahulu .
Ya sudah setahun pun dan saya terima perubahan positif ini . Lagi pun ada kawan - kawan PMO saya di sini yang boleh dibuat geng .
( Sambil dengar Merisik Khabar - OST Horee Horee ) . Mungkin saya kena mula menulis pengalaman kehidupan ini ? ( Sambil dengar Statik - Gelap ) pula . Aduhai sebak
tiba - tiba pula . Jangan menangis nanti Encik Hardie nampak pula . Moga bahagia selalu kita semua . Eh tiba - tiba . Sudah 6 tahun juga saya di syarikat ini .
Saya masuk ke syarikat ini tepat 1 Ogos 2006 . Kami berkumpul di KLCC sebelum ke Kerteh . Saya bersama Chang Yang Chun ( kini di Solar Turbines ) , Adibah ,
Intan Shakira , Syafinaz , Nyak Syida , Rosmawati dan Kuan Min melaporkan diri waktu itu . Kami ambil teksi beramai - ramai dari KLCC ke KLIA . Penerbangan kami
petang ke Kuantan . Sampai di Kuantan sekitar 6 petang . Kemudian van pengangkut Kerteh bawa kami ke Residence Hotel Paka dan kami tiba di sana sekitar 8 malam .
Bersambung .
kata - kata ini hari :
βAn expert is a person who has made all the mistakes that can be made in a very narrow field.ββ Niels Bohr
Above : Pipe-lay Barge
Above : Pillows
Above : Androids
__________________________________________________
0 Responses to “::: redah :::”
Leave a Reply