=================================
Hijjaz - Selamat Pengantin Baru
=================================
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
p/s : Selamat pengantin baru kepada adik ipar saya yang baru melangsungkan perkahwinan minggu lepas .Penat juga kami sekeluarga dengan pelbagai persiapan sebelum majlis perkahwinan dan juga selepas majlis perkahwinan . Hantaran disediakan sendiri oleh isteri saya dengan jayanya . Hihihihhihih . Kami tiba di Kangar pada Selasa , 21 Ogos malam melalui AirAsia di Alor Setar . Penuh semacam biasa penerbangan itu . Alyaa memang sudah biasa naik kapal terbang . Abah dan emak saya tolong hantarkan kami ke lapangan terbang LCCT . Memang penuh beg kami sehingga ngam - ngam 40 Kg . Kami makan malam dahulu di McD sebelum masuk ke tempat menunggu pesawat . Di dalam pesawat saya membaca majalah 360 dan menyambung buku cerita baca . Sampai di lapangan terbang Alor Setar kami dijemput oleh ayah mertua dan mak mertua . Sejam juga perjalanan ke Kangar . Saya sengguk - sengguk dalam kereta . Sampai sahaja jamak Maghrib dan Isyak sebelum tidur .
Hari Rabu , Khamis dan Jumaat kami memulakan persediaan . Mencari barang - barang , menempah kek dan lain - lain . Alyaa pun seronok juga itu . Pak Ngah belikan Alyaa basikal kecil bertambah seronok dia .Jumaat malam pula majlis nikah , Sabtu kenduri di sebelah perempuan dan Ahad kenduri di rumah kami . Saya membantu jadi `runner` ke sana dan ke mari . Bantu di tempat untuk mengalu - ngalukan kedatangan hadirin ke majlis . Saya juga membantu membawakan hantaran pengantin . Pelbagai juga pengalaman dan cabaran terjadi tapi syukur Alhamdulillah semua berjalan kelancaran . Isnin pula berehat mengemas rumah dan malamnya pulang ke Kuala Lumpur . Sampai di LCCT penuh juga kena menunggu untuk menaiki teksi ke rumah kami . Sila semak gambar tidak seberapa ini :)
kata - kata ini hari : “Learning to let go should be learned before learning to get. Life should be touched, not strangled. You’ve got to relax,
let it happen at times, and at others move forward with it.” ― Ray Bradbury
__________________________________________________
0 Responses to “::: walimah :::”
Leave a Reply