====================
Jatuh – Bunkface
====================
Aku percaya
Sedikit waktu
Kan terbuka
Hati yang kau bawa
Sambut tangan ku
Biar ku bawa
Kau ke tempat yang
Tiada orang tahu
Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapan mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepada mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh
Dunia hitam
Keliling malam
Kesejukan
Menunggu panggilan
Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapanmu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepadamu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku jatuh
Selagi kau berjaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama
Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepadamu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh
p/s : Lagu konon - konon perlahan ala - ala Sum41 , Simple Plan dan lain - lain . Oh sudah hari ke tiga berpuasa ini hari . Syukur . Pertama kali berpuasa di pejabat untuk 2012 . Tahun lepas 2011 saya berpuasa di rumah sahaja kerana masih `MC` . Tahun lepas bulan Ramadhan juga Alyaa baru masuk ke sekolah bermakna sudah setahun Alyaa ke sekolah ! Tengah mencari - cari sekolah baru Alyaa di sekitar Bandar Tun Hussein Onn ( BTHO ) ini . Alyaa lagi 2 bulan sudah ingin 3 tahun pula . Kini sudah pandai pelbagai tatabahasa , nahu dan sukukata . Macam - macam keluar dari mulut . Sudah mula pandai mewarna dan melukis sikit - sikit . Pandai juga tiru cara ambil wudhuk . Waktu saya berada tugasan luar rindu benar dia pada saya .
Oh terima kasih jabatan saya berkongsi kurma dengan pekerja syarikat . Saya sudah hampir setahun di jabatan baru namun masih - masih cuba biasakan diri . Membentuk peribadi mulia ! Saya masih rindu pasukan lama . Pasukan kecil - kecilan . Kini saya terpaksa melihat dari kontek besar - besaran . Lakaran `Gambaran Mental` untuk masa hadapan . Namun jabatan saya kini sudah ada beberapa sahabat lama yang dahulu dari Kerteh di sini . Yang seronok ada cabaran baru saban hari dan waktu .
Setiap pagi perlu meredah sesak jalan kurang lebih 1 jam . Pulang pun lebih kurang 1 jam . Memang sehari 2 jam atas jalan . Seminggu sudah 10 jam atas jalan ! Bersamaan dengan 1 hari penuh bekerja begitu . Apapun saya syukur kerana masih boleh berbakti dan diyakini untuk menjalankan tugasan kini . Cuma kena tingkatkan lagi keyakinan diri . Doktor Kesihatan Minda saya menasihatkan saya agar mengatasi semua ketakutan yang ada . Lakukan apa sahaja ingin dilakukan . Jangan menyekat kreativiti dan duduk di dalam kepompong diri . Oh mari tidur esok mahu sahur .
kata - kata ini hari : A film is never really good unless the camera is an eye in the head of a poet.
Orson Welles
__________________________________________________
0 Responses to “::: senja :::”
Leave a Reply