================================
Al Jawaher > Selamat Hari Raya
================================
Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan
Seikhlas kata kukirimkan
Setulus hati kulampirkan
Iringan takbir kebesaran
Memohon keampunan
Memohon ampun maaf dipinta
Menggunung kesalahan yang ada
Agar berpanjangan muhibbah mesra
Di hari mulia
Halal di halal sesama kita
Menghening jiwa
Menghulur tangan ikatan mesra
Tanda hati setia
p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin semua . Syukur kita semua masih sempat beraya lagi . Kami pulang ke Kampung Brisu , Melaka pada hari Sabtu sehari sebelum raya . Kami bertolak dalam jam 2.30 petang dan sampai di kampung sekitar 5.30 petang . Macam biasa kereta banyak dan sesak semua pun mahu pulang . Alyaa sebenarnya pagi itu sedikit demam dan telah dibawa bertemu doktor untuk mengambil ubat .
Di kampung sudah ada sepupu - sepupu dan makcik pulang . Emak dan ayah saya sampai lebih kurang jam 8.00 malam . Seronok berbuka puasa ramai - ramai tahu !
Pagi raya ( Ahad ) , Alyaa agak hangat . Tiba - tiba hidung dia berdarah ! Terkejut amat bangat aku . Sampai hendak bawa terus ke hospital . Menenangkan dengan suruh Alyaa berehat dan minum air putih banyak - banyak . Lambat juga saya pergi bersolat raya namun sempat pak imam tunggu . Saya memakai baju melayu baru dibeli di Omar Ali . Selepas solat raya kami bersalaman . Salam sama isteri tercinta saya ini . Hihihihihihihih . Beraya rumah Cik Did sahaja .
Sekitar jam 1.30 petang kami memulakan perjalanan ke Sabak Bernam . Mahu undur sahaja aku terdengar bunyi kuat bedebapppp . Rupanya saya melanggar pokok kelapa kecil . Ada kemek sedikit ! Maafkan abang sayang~~~ `Blind spot` mungkinnya .
Kami melalui lebuhraya PLUS lalu KLiA terus ke LATAR . Singgah kejap di RnR isi perut dengan Nescafe dan air - air bertenaga . Sambung lagi .
kata - kata ini hari :
“
You only live once, but if you do it right, once is enough.”
― Mae West
laman web hari ini :
ABC Life XYZ Die
__________________________________________________
0 Responses to “::: Aidilfitri 2012 - Satu :::”
Leave a Reply