============================
Brothers - Ramadan
============================
Bertemu kembali dengan Ramadan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula
Ramadan yang mulia
Di Ramadan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi
Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa
Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku
Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan membela ku di akhir nanti
p/s : Alhamdulillah hari ini sudah Ahad , 22 Julai 2012 bersamaan 2 Ramadhan . Syukur sudah 2 hari kita semua berpuasa . Banyak mahu dinukilkan namun pelbagai urusan mencengkam kehidupan . Jumaat malam Sabtu baru sahaja tiba di rumah dari bertugas di Miri . Saya tidak pernah menjangka kerja sekarang memerlukan saya ke sana ke mari . Lebih - lebih lagi sewaktu masih bertopeng ini . Lega tugasan di Miri selesai sudah . Menguruskan unit yang memerlukan pemikiran dan kolabrasi bersama . Oh ibu mertua dan ayah mertua juga adik ipar datang melawat Kuala Lumpur semalam . Mengedarkan jemputan perkahwinan . Dua minggu lepas juga ibu saya menjalani sedikit operasi di kaki di PCMC . Alhamdulillah baik sudah . Nenek dan makcik saya datang menemankan di bilik hospital . Saya juga melawat rakan seberang yang ditimpa musibah di situ . Tempat yang mana 3 bulan saya terlantar untuk meneruskan kehidupan .Sayu dan sebak pula bila teringatkan . Semuanya terpahat dan terbuku di hati . Mungkin patut ku tuliskan pengalaman yang dilalui ini ?
Oh berbalik pada dunia . Aku pening dengan dunia . Aku melihatkan dokumentari Jerman di komputer riba sampai termimpi . Aku lihat di Syria dan mendoakan agar yang benar peroleh kemenangan insyaAllah . Aku kita kamu perlu ingat ramai lagi insan muslim di luar sana berbuka ala kadar sahaja . Banyak lagi aku perlu perbaiki diri ini . Jauh perjalanan dalam ranjau berliku ini lagi . Waktu di Miri juga aku lihat kota yang tidak seperti Kuala Lumpur masih aman dan damai . Pusat penginapan kami yang aku pilih iaitu Eastwood Valley memang aman dengan gaya chalet kayu . Pagi - pagi sarapan di tepi padang golf hijau saujana mata memandang .
11.43 : Lalu mataku mengantuk . Mahu tidur esok mahu sahur .
kata - kata ini hari :
Art is not a treasure in the past or an importation from another
land, but part of the present life of all living and creating
peoples.
Franklin D. Roosevelt
__________________________________________________
0 Responses to “::: puasa :::”
Leave a Reply