===============================================
Senario (Wan Zul / Hamdan , Illya , Azlee)
Puasa & Raya
===============================================
Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan
Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa
( korus 1 )
Anak-anak gembira bila syawal menjelma
Lebih hebat ibu dan bapanya
Berhabis tak berkira asal nampak bergaya
Walau hutangnya panjang berjela
( 4 )
Habis raya semua mula bekerja
Poket kosong baru ingat nak puasa
Kawan semua buat tak tahu saja
Nak pinjam duit teringat hutang lama
( korus 2 )
Ini kisah jadi tauladan
Biar kita buat sempadan
Banyak-banyakkan amalan
Duit habis dalam simpanan
Cakap banyak nanti ku tangan
Tak baik, kesian
( ulang korus1 & 4 )
Kita harus kuatkan iman
Hidup ini banyak dugaan
Memang tidak dinafikan
Dari itu kita elakkan
Di bulan Ramadan memang tak tahan
Jangan ikut perangai syaitan
( ulang korus2 )
p/s : Baru pulang dari Brisu beraya bersama nenek dan cik did . Tidur semalam sahaja . Petang Jumaat baru mak dan abah pulang dari umrah . Seharian Jumaat mengemas rumah sahaja itu . Tengahari Jumaat cari semua kedai tutup . Maka makan Pizza Hut lah kami . Esok banyaknya urusan ! Jumaat insyaAllah mahu kerja sudah !
kata - kata ini hari : As you move through life, set aside good ideas and give them to others to encourage and inspire.Anonymous.
__________________________________________________
0 Responses to “::: impian :::”
Leave a Reply