===============================================
Sanisah Huri > Aidil Fitri
===============================================
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar (2x)
p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri ! Maaf Zahir dan Batin ! Ini tahun saya beraya di utara Perlis . Kami bertolak dari rumah hari Sabtu , 27 Ogos 2011 . Perjalanan bermula dari jam 5 menaiki `limousin` yang dipandu pakcik Abdullah ala - ala `The Transporter` begitu . Jam 6 sudah sampai di LCCT tau ! Pusing - pusing di kedai - kedai sebelum check on di kaunter . Kalau bulan September nanti kalau nak check on di kaunter kena ufti RM 10 . Kalau nak percuma gunakan self check on . Jam 7 malam terus mencari ruang duduk mahu berbuka . Sempat mencilok tempat duduk di Marrybrown . Kami memesan 1 set Nasi Ayam Marrybrown dengan 1 set Ayam Goreng Marrybrown . Alyaa makan dahulu lah . Hehe . 5 minit lepas itu baru berbuka puasa . Alhamdulillah merasa makanan dan minuman . Rasa kurang sedikit dari KFC tapi boleh tingkatkan lagi . Hendak membeli surat khabar semua habis . Sempat menyambar majalah Personal Money . Pukul 8 baru boarding dan dekat pukul 9 baru terbang . Menunggu giliran kapal terbang mahu terbang . Alyaa duduk dengan ayah dia yang kacak ini sampai Alor Setar . Layan baca A B C dalam majalah . Layan tengok bayi ada di sebelah . Sampai - sampai tunggu beg tengok kotak kuih muih raya sudah kebasahan . Mungkin tercampaks dalam kapal terbang itu . Adeh . Ami dan tok mama Alyaa menanti di lapangan terbang . Aku ketiduran ayam dalam kereta . 11 lebih baru sampai rumah di Kangar itu . Sampai pekena air panas dengan nasi sedikit . Oh esok raya ! Hujan sahaja di Kangar ini . Sedap tidur malam . Daaa .
kata - kata ini hari : New opinions are always suspected, and usually opposed, without any other reason but because they are not already common. ~ John Locke ~
__________________________________________________
0 Responses to “::: lebaran :::”
Leave a Reply