Tatkala petang
Macam mahu makan kentang
Pagi sudah bayar kad kredit hutang
Semoga saya jadi matang
Tatkala pagi
Bangunlah gosok gigi
Siapa lambat rugi
Cabaran dari segala segi
Tatkala senja
Penat sungguh bekerja
Yang penting mahu pakai kemeja
Jangan main saja - saja
Tatkala malam
Suasana kelam
Nampak empuknya tilam
Tidurlah tutup kalam
14 Julai 2011 - Thu - 4.30 PM
p/s : Alyaa baru lena jam 4 petang . Malam nanti isteri tercinta pulang dari berkursus di Terengganu . Mahu mengambil di Lapangan Terbang KLIA . Minggu depan mungkin mahu bertugasan di luar negeri pula . Alyaa makan banyak tengahari ini . Lepas makan nasi sambung makan `banana` dengan anggur . Makin bijak dan pandai Alyaa . Kalau bercakap dalam telefon dia pun nak bercakap . Nampak sudah semakin rapat dengan ayah dia juga . Oh esok sudah jumaat sudah ! Tutti Fruiti sudah buka di BTHO !
kata - kata ini hari : People who run aren't cowards, just smarter then those who charge. Anonymous .
__________________________________________________
0 Responses to “::: kiblat :::”
Leave a Reply