==============================================
Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan
==============================================
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
p/s : Alhamdulillah Ramadhan datang lagi ! Syukur saya boleh berpuasa dan bertarawikh lagi :) Nikmat tahu ! Oh sudah 6 Ramadhan dah . Baru sempat menaip . Uhuks . Oh perkembangan Alyaa sudah pergi ke Taska baru di sini . Persediaan sebelum nenek Alyaa mengerjakan umrah hujung Ramadhan ini dan juga sebelum saya mula bekerja . Tidak menangis :) Cuma hari ketiga masa hantar Taska agak `moody` dan cikgu kata dia asyik menangis sahaja . Hari Khamis pagi pula tengok sudah demam . Demam terkejut mungkin baru masuk sekolah semula . Alhamdulillah sekarang ini beransur sihat . Tadi sudah ke Klinik Kita dapatkan antibiotik pula . Ketemuan juga Doktor Yap , doktor `peribadi` saya yang mengatakan yang parut - parut saya insyaAllah boleh makin baik itu . Semangat ! Cuma kena rajin urut - mengurut itu .
Oh terima kasih isteri tercinta memasak berbuka ini hari ! Ada udang tempura , kari rebung , sayur dan ikan goreng . Ada juga nescafe OoO ais ! Ini tengah santai sebelum tarawikh . Uhuks . Oh bebebebebeberapa minggu sebelum saya kembali bertugas !
kata - kata ini hari : As you move through life, set aside good ideas and give them to others to encourage and inspire. Anonymous.
laman web hari ini :
Blog omaQ.org adalah sebuah blog yang memaparkan banyak kisah menarik suka duka..pahit getir dan kisah tentang kehidupan sekitar diri omaQ .. sudut pandangan 360 sekeliling kehidupan dari awal hingga kini… Selain itu, beberapa sisipan yang menarik juga omaQ letakkan di dalam blog ini khas untuk anda tentang infomasi semasa.. perkembangan maklumat terkini…
Anda juga boleh menyertai sama untuk menconteng di blog ini. Hantarkan artikel atau contengan anda ke email miloki@gmail.com . Selepas itu, omaQ akan meletakkannya di blog dan meletakkan nama anda sebagai penulisnya.
__________________________________________________
0 Responses to “::: insaf :::”
Leave a Reply