=========================================================
Dr Burhanuddin Al-Helmy (Black@Amin Iskandar)
=========================================================
Kuciptakan lagu untukmu
Kunyanyikan syair buatmu
Tentang perjuangan
Tentang pengorbanan
Laungan bertubuh kecil
Tetapi berjiwa besar
Tegas pendirian dan berhati mulia
Dari utara hingga selatan
Lantang suaramu
Menentang penjajahan
Melawan penindasan
Demi untuk negara
Demi untuk merdeka
Kau sering terpenjara
Kebebasanmu dirampas
Tapi jiwamu tetap merdeka
Di atas robohan kota melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Kata-kata azimat darimu
Tak pernah kami lupa
Walaupun kini jasadmu telah tiada
Namun semangatmu membakar jiwa
Rakyat malaysia yang tak pernah
Melupakan pengorbananmu
Di atas robohan kota melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Kata-kata azimat darimu
Tak pernah kami lupa
Walaupun kini jasadmu telah tiada
Namun semangatmu membakar jiwa
Rakyat malaysia yang tak pernah
Melupakan pengorbananmu
Rakyat malaysia yang cintakan
Perjuanganmu
p/s : Ini hari sudah 3 Syawal sudah . 1 Syawal sudah bangun seawal pagi untuk mandi dan bersiap - siap untuk solat hari raya Aidilfitri . Solat Aidilfitri di sini bermula 8.40 pagi . Sesudah solat bersalam - salaman sebelum menziarahi sanak dan saudara dekat . Sempat mengambil gambar keluarga juga . Petang juga baru pulang sebelum malam saudara - mara pula datang ke rumah . 2 Syawal pula siangnya di rumah sahaja kerana bersiapan malam untuk kenduri doa selamat untuk adik Farhana yang akan melanjutkan diri ke Jordan pertengahan September ini . Ada menu mee bandung dengan mee goreng . Alhamdulillah berjalan lancar itu . Semoga selamat segalanya insyaAllah . 3 Syawal pula beraya di rumah saudara - mara dan rumah sementara Tok sebelum rumah baru siap . Ini malam jam 9.50 malam mahu menerbangkan diri kami ke LCCT menaiki `Udara Asia` . Mak dan abah insyaAllah akan sampai tengahari esok . Lepas itu beraya ke Melaka dan Sabak Bernam pula sebelum bekerja !
kata - kata ini hari : Attitude: the difference between squashing and being squashed.Anonymous.
__________________________________________________
0 Responses to “::: ziarahi :::”
Leave a Reply