FREEDOM! FOREVER!



::: sembunyi :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





dup dap dup dap
degupan jantung berbunyi
makin kencang pula
tidak keruan di jiwa

vrooommmmmmm
dua kenderaan memecut antara satu sama lain
sebuah skyline gtr
satu lain pula bmw m3

gedegek gedegek gedegek
penumpang berasak asak di depan pintu
semua ingin cepat pulang
tiba ke rumah

kring kring kringg
lama sudah telefon rumah tidak berdering
sudah dapat kerja agaknya
kawan sekolah rendah mungkinnya

tik tik tik tikk
rintik hujan membasahi atap bocor
syukur ada tv3 bersamamu
terbela sudah nasib pak tua

ngah ngahh ngahhh
hilai tawa gumbira
pabila jumpa sabahat lama
banyak perlu diperkata

............
sunyi pula di sini
hanya kipas kuasa 5
dan taipan kekunci menyusun kata

p/s : ini hari ke empat juga berjalan penuh kelancaran. pagi dimulakan dengan membelek majalah tunas cipta yang dibeli semalam puisi dan sastera juga punya banyak cabangnya. saya cuma berminat dan menulis tanpa sebarang formasi dan mengikut sedap hati sahaja. sudah empat hari dan banyak juga dipelajar. esok ada lagi satu hari tambahan sebelum menamatkan latihan di akademi petrosains. tadi belajar tentang khidmat pelanggan dan pada waktu petang melawat jejambat udara. selepas habis seperti biasa melepakkan diri di `rasyid` bersama rakan-rakan berbincang tentang masalah dan cerita dunia masa kini konon-kononnya.
meneruskan perjalanan yang semakin berlikuan ini. menonton berita pun sudah malas. ya malas! masalah sama sahaja yang tiada akhiran. i dun want to think about it for a meanwhile! a little bit mellow nampaks? ya kerna saya dah semakin berusia tidak muda lagi. oh taipan ini dihiburkan bersama lagu `broken wings` dendangan alter bridge. saya tidak tahu kenapa tapi
saya gemar sungguh lagu ini. mungkin lirik dan lagu yang enak pada halwa telinga. oh rupanya banyak lagi saya tidak tahu. banyak lagi perlu dipelajari dari pengalaman orang. sudah masa keluar dari kepompong untuk menjadi rerama yang hebat dan mantap sekali. ya saya makin menyedari ia. lambat laun lambat lagikah bukan persoalan. cuma sediakah atau tidak kita ini.
oh esok hari terakhir moga makin bersinar lagi duniaku. karya bunyi yang merepeks. selamat malam jumaat.

kata - kata ini hari : senyumlah saya, senyum laksana suria, senyuman ubati jiwa, tersenyum kerana gembire dan bahagia ( reef )

laman web hari ini : M Sayuti
(an executive of human resource management and services who has a bachelor degree in mechanical engineering. a weekend husband to a former course mate from the same university who is now working as a maintenance engineer 300++ km away. during weekdays, like to spend hours after work reading and putting comments (which sometimes can be quite lengthy) on other people's blog, instead of writing a fresh entry in own blog.)
____________________________________________________________________


0 Responses to “::: sembunyi :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank