bilakah semua kan berakhir
tak bisa tertanggung lagi
segala yang dilalui terlalu berliku
rasa ingin pejam tidur lena
tidak mahu sedar dengan duniawi
tapi
itu tidak mungkin terjadi
selagi nyawa dikandung badan
perjuangan dalam kehidupan
perlu diteruskan
cuma
perit payahnya
tidak seperti wayang cereka
pedih menusuk kalbu
rasa tidak larat kadangkala
namun
dengan adanya teman
sahabat seperjuangan
selalu hulurkan tangan
merangkak pun ku terus berjalan
kerana
aku yakin dan percaya
akhirnya walau tiada tarikhnya
cita-cita dan matlamat
bisa direalisasikan jua
tidak
tiada sekali pun putus asa
walau berjuta ikhtiar
doa dan tawakkal tetap kupohon pada Yang Esa
Dialah , Dia segalanya
p/s : entahlah. cakap pun tak tahu. gusar lagi. rasa berat tidak tertanggung lagi. Ya Allah. bantulah hambaMu ini.
kata - kata ini hari :
There is no compulsion in religion. A man may take many years, or only need minutes. It is God who decides the time (Petikan kata-kata watak Bilal Bin Rabah dalam filem The Message arahan Moustapha Akkad )
laman web hari ini :
Laman Web Rasmi Faisal TehraniSeorang pengarang sepenuh masa.Antara novel yang telah diusahakan ialah 1515, 1511H Kombat, Advencer Si Peniup Ney, Detektif Indigo, Perempuan Politikus Melayu,Tunggu Teduh Dulu dan Surat-surat Perempuan Johor.Antara cerpen yang diingati ialah Perempuan Anggerik, Cik Siti Mustika dan Imam Muhaimin.Dalam genre drama pentas pula drama Angin Madinah dan Rintih Chicago pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.Kini merupakan kolumnis,antara lain,di majalah Dewan Siswa dan Tunas Cipta (novel bersiri Eng Bahlut).Antara karya dalam proses penerbitan dan bakal muncul ialah Kumpulan Cerpen Cahaya Pada Jiwa dan siri Detektif Indigo. ______________________________________________________________
0 Responses to “::: cuma :::”
Leave a Reply