FREEDOM! FOREVER!



::: tabuh :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





jiwakah andai bisa menutur kata
bait sentuhan listrik kalbu malami
terperosok jauh dalam kelam senja
tanpa siraman cahaya neon gemerlapan

lapangkah dada yang sebak melanda
andai ada lubang dalam menghiris hati
saban saat mengorek jauh sekali
tanpa ada penawar yang bisa ubati

terma dan syarat merungsingkan kami
istilah itu ini begitu begini
apalah bagi kami yang naif ini
teknologi internet belum sampai lagi

kesedaran ada tapi tiada keinsafan
nada rentak lain nakhoda berbeza
liku berliku bukit menyusuri tetap sama
jalan jalanan itu juga diharungi

orang tengah bercelaru dalam pilihan
pertimbangan laksana sampan dilanda badai
semua yang berlaku di sekitar beri kesan
dilema mencengkam minda yang keliru

jari jemari masih menaip lagi
menanti tabuh diketuk pak imam kami
tanda datang waktu solat ingatan diberi
agar dapat ketemuin mengadap Yang Esa
khusyuk ikhlas dambakan diri ini
pohon petunjuk jalan yang benar dan lurus dariNYA
pohonlah
doalah
yakinlah
padaNYA
Allahu Rabbi...

p/s : salam maulidurrasul. takbir! kepada yang mengenali nik adli. doa doakanlah agar dia dibicarakan dengan undang undang kerana sekarang ini dia masih ditahan tanpa bicara dan dituduh sebagai pengganas tanpa sebarang bukti. sudahlah begitu. nama dia dimasukkan di dalam modul plkn pula dan diletakkan serta digambarkan sebagai pengganas. kalau betul betul dia pengganas, buktikanlah, benarkanlah dia masuklah dalam mahkamah dibicarakan. saya tersentuh sahaja sebab saya ada hak lagi di bumi Malaysia. dia, tiada hak apa-apa dah. kalau tiada orang yang ada sensitiviti di Malaysia dengan hal hal begini tataulah. teruskanlah kelekaan dan kealpaan itu. teruskanlah lena dibuai mimpi-mimpi indah. mungkin andai sendiri sudah terkena barulah tahu. saya mampu doakan sahajalah. oh mari hayati, renungi dan ikuti ajaran Rasulullah. ingatlah Rasulullah yang bawa ajaran Islam pada kita dan tunjukkan kita jalan yang lurus. saya pun kadangkala seringkala alpa juga dan perlulah sama sama ingatkan. esok esok harus diteruskan dengan lebih tabah lagi. syukur saya masih di sini.

kata - kata ini hari : hati-hati berkata, silap kata leh binasa, porak peranda..
_______________________________________________________


0 Responses to “::: tabuh :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank