...................................................................
Judul : Laskar Cinta “chapter One”
Album : Republik Cinta
Ciptaan : Ahmad Dhani
Kumpulan : Dewa
............................................................................
-wahai,jiwa jiwa yg tenang..berhati-hatilah dirimu..kepada..
Hati hati yang penuh..dengan..kebencian yang dalam
-karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..
Di hati yang penuh..Dengan benci...dihati..
Yang penuh..Dengan prasangka
#Reff#: LASKAR CINTA..SEBARKANLAH BENIH BENIH CINTA..
MUSNAHKANLAH VIRUS VIRUS BENCI..
VIRUS YANG BISA RUSAKKAN JIWA..
DAN BUSUKKAN HATI..LASKAR CINTA..
AJARKANLAH ILMU TENTANG CINTA..
KARENA CINTA ADALAH HAKIKAT
DAN JALAN YANG TERANG BAGI SEMUA MANUSIA
-jika..kebencian meracunimu.. Kepada...manusia lainnya...
maka sesungguhnya iblis...sudah berkuasa atas dirimu
-maka..jangan pernah berharap..aku..akan mengasihi..menyayangi..
Manusia manusia..yang penuh benci..seperti kamu...
p/s : Alhamdulillah baru selamat sampai umah. hampeh sekali 9.30 malam baru sampai. rutin harian yang berubah secara drastik. corak kehidupan yang mempunyai rentak baru. itulah yang boleh dikatakan setelah 3 hari. laksana perubahan cuaca tanpa kajian ramalan cuaca. oh lambat kerana lepak-lepak sebentar minum-minum bersama rakan-rakan. tersingkaplah juga `tingkap johari` apabila berborak-borak. banyak lagi yang kita sendiri pun tidak tahu tentang diri kita andai kita tidak diberitahukan? kita hanya mengagak ohh orang ingat aku macam ini kut. oh tapi tidak! lain sangkaan mereka. rakan-rakan laksana cermin pada kita yang berikan refleksi pada perkara yang kita tidak ketahui. ia benar jadilah diri sendiri namun dengan zaman yang serba canggih ini adaptasi pun perlulah seiring juga. hari ini ada demonstrasi juga dan syukur berjaya melaksanakannya dengan jayanya. kemudian program `speed` dan petang pula ada kelas fizik. tidak boleh tahan itu kelas fizik! belajar semula tentang jarak, halaju, sesaran, momentum semua. berjaya gak mengawal/kontrol kerana duduk di saf hadapan. tidak sabar esok pula hari terakhir! semangat! oh lupa pula 2-3 hari ini saya dok melayan lagu Barbra Streisand berjudul i finally found someone. tidak tahu mengapa? oh lupa pula tidak makan malam lagi. makan malam dulu ya! malam ini malam dewa!
kata - kata ini hari :
Bebaskan diri kita dari penyakit jiwa – split personality - ini. Dengan berani kita harus dapat menilai diri bukan dengan patukan atau rujukan Barat atau Utara, Selatan atau Timur. Kita mencermin sambil menilai diri kita dan bangun bertanya apakah kita semua telah berlaku baik dan peduli terhadap kanak-kanak, anak muda, perempuan, orang tua dan binatang yang hidup bersama di sekeliling kita. Jangan terperanjat kerana di Barat status wujudiah lima makhluk ini lebih lumayan berbanding moral budaya para penghuni Taman Tun, Country Heights atau Taman Rusila.( Hishamuddin Rais ) laman web hari ini :
Laman Web Rasmi Kumpulan Dewa 19__________________________________________________________________
0 Responses to “::: republika :::”
Leave a Reply