FREEDOM! FOREVER!



::: jejak :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





jejak jejak
setiap langkah
pasti tinggalkan tapak
tinggalkan kesan

jejak jejak
ada jejak tidak dijejaki lagi
lain jejak hari hari dilalui
juga jejak setahun sekali

jejak jejak
ada yang dijejaki
ada pula menjejaki
apabila jejak diperlukan

jejak jejak
sering juga terjejak
tidak sangka sudah menjejakkan kaki
tiada boleh hilangkan jejak lagi

jejak jejak
ada yang hilang laksana debu
ada pula kekal terutama atas simen
tidak kurang jejak pada hati dan jiwa

jejak jejak
pada laman web
singgah jenguk pak petra
jua kawanster

jejak jejak
bersediakah jejak kaki di sana?
dapatkah menjejakkan kaki ke syurga?
seringkalikah menjejakkan kaki ke rumah Yang Esa?
masih boleh dibetulkan jejak yang salah
boleh lagi menyusuri jejak yang betul
selagi
nyawa dikandung badan
bernafas udara bumi
berpijak di bumi nyata
jejakkanlah
jejakilah

jejak jejak

p/s : Alhamdulillah hari kedua jua berjalan lancar di petrosains. cuma masa demonstrasi macam biasa tergamam tidak dapat memberikan sepenuhnya. bukan tidak sepenuhnya tapi macam kurang sangat tiada apa! bila biasa sahaja ok sahaja. tidak apa. kalau tidak bukan belajar namanya kan? banyak lagi perlu diperbaiki. saya harap ini jadi akademia bagi diri saya terus maju memacu ke hadapan. oh banyak lagi. tapi tiada apa, sikit sikit lama jadi bukit seperti jurnal saya yang dikemaskini setiap hari. `jejak` di atas terilham kala pulang dalam lrt setelah minum minum petang di Restoran Rasyid yang agak `mencekiks`. esok hari ketiga pula. pagi pagi sudah belajar tentang pda seperti gambar di atas yang membantu secara interaktif sewaktu lawatan ke petrosains. nice old skewl technology yang gunakan flashcard sebagai memori u.adeh. ya esok pula tiba.

kata - kata ini hari : jangan disangka prasangka, jujur bukan untuk diduga, gembira tidak hanya gelora, diam bererti rahsia semesta ( reef )

laman web hari ini : Edifier
( laman web rasmi Speaker jenama Edifier berasal dari Kanada )
________________________________________________________________


0 Responses to “::: jejak :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank