=================================================Kumpulan : DamasutraTajuk : Umpama Mimpi Dalam Mimpi====================================================Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari
Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita
Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara
Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu
Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta
Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi
p/s : lagu lama dari `damasutra` bertajuk `umpama mimpi dalam mimpi`. kadangakala mimpi memang amat misteri. rasa tidak mahu bangun dari mimpi. mahu terus lena dibuai mimpi indah dan terus bermimpi. kadangkala apabila kita melalui atau mengalami sesuatu keadaan kita pasti teringat oh macam pernah bermimpi perkara ini. realiti selalunya amat memedihkan dan tidak kurang sangat menggembirakan. saban beberapa ketika selepas masa penuh terisi terasa bagai masa berjalan pantas. sebelum ini terasa lambat jua. oh. ini hari bertugas lagi di hiliran aka downstream. menarik menjaga di sana kerana ramai dan hari ini ramai bebudak sekolah mahupun bebudak tabika yang suka menjelingkan lidah mereka. apa kejadahnya! tidak kurang yang bertelefon kamera menangkap gambar. sempat berbicara ilmiah dengan rakan-rakan baru. ya pembelajaran tanpa sempadan. esok hari terakhir latihan dalam pekerjaan sebelum diserapkan sebagai sukarelawan sebagai rasmi dan berbaju meroon pula. sudah mahu masuk mei. cuba dan terus mencuba melaraskan diri lagi. mahu ketiduran kemimpian lagi. mahu lupakan dilemasasi yang melanda. salam hujung mei semuanya.
kata - kata ini hari :
makin berjalan, makin luas pemandangan, makin lebar dimensi, makin komplikasi definasi, makin faham alam, makin kenal diri sendiri ( reef )laman web hari ini :
Nik.Nazmi.Com( A corporate legal executive by day, an opinionated Malaysian citizen at all times. With a side interest in football, books and coffee. )_____________________________________________________
0 Responses to “::: empat :::”
Leave a Reply