FREEDOM! FOREVER!



::: sandar :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





.....................................
Tajuk : Sandaran Cinta
Album : Sandaran Cinta
Munsyid : Saff-One
http://liriknasyid.com
.................................................

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia

p/s : sambil bersandar di kerusi ET kereta saya kedengaran lagu `sandaran cinta` dendangan saff-one. awal kedengaran laksana lagu pop rock sahaja. setelah diteliti baru disedari lagu nasyid. nasyid sudah melepasi kompang dan percussion. melepasi zaman beredar berubah. saudara tart baru meng sms saya ajak makan sate kajang di kajang namun saya ada hal esok kemudian ahad pula dia sudah mula induksi di permata maka lambatlah saya dapat merasa sate kajang di kajang. baru lepas menghantar saudara shahril ikhmal ke rumah baru di pandan indah sebelum memulakan kerjayanya di klcc isnin ini. rancangan malaysia ke 9 sudah dikemukakan. sama-samalah kita menyokong ya. sama-samalah kita merelisasikannya. sudah mahu masuk april dan saya masih menganggur lagi. tunggu menantilah sahaja berita gembira dari HRM. salam malam minggu.

kata - kata ini hari : Sejarah membentuk paras rupa jagat raya, membentuk keutuhan sebuah negara dan membentuk ketinggian peribadi diri.
________________________________________________________________


0 Responses to “::: sandar :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank