...........................................................................................
Tanpa-Mu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
......................................................................
Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan
Senilagu : Akmal Mirwana
Senikata : Akmal Mirwana
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Akmal Mirwana
Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
p/s : kumpulan in-team kembali dan kini bertiga dengan album `tiada lagi kasih`. tiada lagi lagu - lagu jiwang di dalam album penuh terbaru keluaran sulung inteam records ini. baru sahaja mendapatkan album baru dia hari ini. memang semua lagi agak heavy. ya tiada lagi kasih. juga saya dapatkan album gabungan saujana dan nowseeheart iaitu jalan sehala. yang ini pula mix ada heavy and slow. namun track paling saya gemar berjudul saujana dendangan saujana kerana ada nyanyian dalam bahsa jepun ala ala hybrid gitu. mungkin pengaruh jepun seperti toyota, honda dan sebagainya yang mempopularkan hybrid. apa lagi ya. sudah mahu bulan april. bulan saya masih gerhana. lama sungguh gerhana. tidak apa-apaan. gerhana pun gerhanalah. saya percaya pelangi kan muncul juga selepas hujan. ia saya percaya. ia.
kata - kata ini hari : saujana mata memandang.. saujana salju memutih.. saujana hati suci.. saujana bintang malam.. saujana esok impian..
______________________________________________________________
0 Responses to “::: tiada lagi kaseh :::”
Leave a Reply