FREEDOM! FOREVER!



::: segi :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





Bengkok
Tiada lagi yang lurus
Meleding bagai terkena pancaran matahari
Senget

Malas
Tiada lagi kerajinan
Rebah bersandar tanpa tujuan
Lemah

Penat
Tiada lagi semangat
Longlai melangkah
Pasrah

Kaget
Tiada lagi keterujaan
Terpesong hala tujuan
Paku

Esok
Tiada lagi semalam
Hanya ada harapan
Mimpi
Fantasi
Realiti

p/s : sudah 21 mac 2006. sudah mahu akhir mac. cepat sungguh masa berlalu. memang cepat lagi lagi akhir zaman ini. aku masih di sini menghitung hari. Alhamdulillah aku berjaya juga mengisi waktu yang terluang dengan sebaik-baiknya. waktu lapang sebelum sibuk dan paling penting sekali waktu muda sebelum tua. pepandailah mahu isi masa itu dengan perkara berfaedah. buhsan tiada sama sekali. cuma perlukan sesuatu untuk pertingkatkan produktiviti. oh dilaporkan sejuta semalam penagih dadah di Malaysia. kemudian ini hari pula dilaporkan TPM tidak sampai sejuta. berapa pun angkat tetap makin meningkat! tiada apa. kempen Belia Benci Dadah sudah dilancarkan oleh pelbagai agensi. apa - apa pun yang `addicted` memang membahayakan terutama dadah durjana! kadangkala ada bagus juga `addicted` terutama dalam hal kebaikan di sini. `addicted` bersukan menyihatkan badan, `addicted` ingin membantu orang dan sebagainya. saya sebagai rakyat Malaysia tertanya bagaimana peranan saya untuk kurangkan masalah dadah ini. kedengaran juga selepas ini tiada lagi hukuman gantung sampai mati. mungkin ada hukuman yang lebih bagus atau biarkan terpenjara seumur hidup sahaja. yang sudah menghisap dadah sudah satu hal dan yang berjinak-jinak pun satu hal. sama-samalah kita semua membanteras dadah. laksanakan! jangan forum sana kempen sana sahaja. sama-sama gerak kerja terutama tangkap pengedar-pengedar dadah ini tidak kira dadah cocaine, ecstacy, hashish, heroin, ice, Kat, MDA, morphine, mushrooms mahupun opium.
opss. lupa pula permainan kegemaran lepas saya DrugLord2. iya. belia benci dadah. iya. iya. kami benci sekali!



kata - kata ini hari : Words mean more than what is set down on paper. It takes the human voice to infuse them with deeper meaning. ( Kata-kata bermakna lebih dalam dari apa yang tertulis di atas kertas. Ia memerlukan suara manusia untuk memberitahu dengan lebih mendalam maknanya)
___________________________________________________________________


0 Responses to “::: segi :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank