............................................................................
Judul : Hidup Sederhana (Basikal Tua)
Artis : Sudirman
.......................
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
p/s : hujan lebat di taman cempaka petang tadi. habis guruh berdentuman. pagi pagi sudah sarapan pagi nasi putih dan kari ayam sambil menontor monster garage di mana projek kali ini menjadikan sebuah nascar race car yang juga berfungsi sebagai street sweeper. memang berjaya dan menjadilah. macam macam sungguh mat salleh ini ya. semalam pula melihat dokumentari di negara india di mana satu daerah yang sangatlah tiada airnya kering kontang kemarauan. sedih sungguh. Alhamdulillah syukur negara kita Malaysia banyak sungguh nikmat air. air di mana sahaja. namun kenapakah saliran air sungai semua makin tercemar. habis beberapa hari itu bekalan air menjadi busuk entah ammonia atau air daripada tempat pelupusan sampah. amat menjijikkan bagi selangor negeri maju. kami mahu penyelesaian! kami mahu ini dikaji hingga ke akar umbi. penat encik karam singh walia mendemonstrasikan air yang kotor beberapa bulan yang lalu. kami mahu perkara ini tidak berulang lagi. air perkara asas dalam kehidupan kita. tadi puas bermain hujan sudah. sudah mahu akhir mac. samar bayangan lagi masa depan ini. bukan samar tapi petanya masih banyak cabang berliku ke matlamat yang satu. selepas ini bahan api bio-diesel kan diperkenalkan. malaysia makin menuju 2020, namun saya sebagai rakyat malaysia amat sedih kerana saya selalu terbayang andai malaysia tiada minyak maka apakah malaysia kan semaju kini? saya sering tertanya mengapa tidak boleh nikmat minyak Allah SwT dinikmati rakyat Malaysia? mungkin andai tiada lagi minyak di malaysia baru lah semua buka mata besarkan telinga. namun saya doakan minyak malaysia bertahan lama lama lagi kerana saya ingin bekerja di sektor petroleum yang menjanjikan pulangan sangat lumayan. wang. duit. siapa tidak mahu. dengan wang dan duit semua boleh dibeli. panjang pula. mungkin lapar tidak makan malam lagi itu berasap sedikit ini malam. saya orang muda! saya anak muda! saya kami bakal pemimpin masa depan! bukan yang sekarang ini. bukan! 2020 semuanya pasti lain, pasti berubah. semua sudah ada didikan, mampu berfikir, mampu merealisasikan kerana masa depan di tangan kita. tangan - tangan yang menaip blog blog yang tumbuh laksana cendawan selepas hujan. tangan - tangan yang menaip tugasan dengan komputer riba intel duo centrino. ya kami yang tidak boleh diperkotak-katikkan. kami yang punya wawasan, punya semangat, punya kekuatan. ya kami! laparnya. mari makan malam dahulu sambil layan lagu lama Basikal Tua.
kata - kata ini hari : "each person is so singular, so unique....but who will stop to see n understands its uniqueness...."
_______________________________________________
0 Responses to “::: vitaminised :::”
Leave a Reply