FREEDOM! FOREVER!



::: tekan :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





Tekan pedal itu!
Anda bawa merc Brabus D4
Bukan datsun 120 Y
Anda boleh lebih laju

Tekan `enter` itu!
Anda ada komputer riba intel centrino duo
Bukan mesin taip karbon copy
Anda boleh pantas buat keputusan

Tekan punat `send` itu!
Anda ada sms, mms dan 3G
Bukan telegram mahupun `pager`
Anda boleh segera hantar berita

Tekan mode `turbo` itu!
Anda ada penghawa dingin yang boleh bunuh bakteria hn51 ke apa namanyaa
Bukan kipas kotak perlahan
Anda boleh cepat nyaman

Tekan kursor `burn` itu!
Anda ada penulis dvd dan storan mudah alih
Bukan disket atau pemain zip
Anda boleh simpan semuanya

Tekan `shortcut to Quran` itu!
Anda ada Quran digital siap dengan bacaan dan terjemahan
Bukan ada lagi alasan untuk tidak baca dan faham Quran
Anda boleh kerana semuanya ada
Semuanya canggih
Semuanya maju
Semuanya gunakanlah sebaik-baiknya...

p/s : bahan api bio-diesel dilancarkan dengan harga rm 1.58 seliter. entah bila boleh digunakan pada kereta saya. ya. saya makin boleh menerima kenaikan minyak. pembayaran untuk segala yang ada kemajuan pada hari ini. sejarah singapura merupakan pelajaran saya dua hari ini. bagaimana sejarah singapura dari tahun 1900 hingga ini hari. pelajaran tidak rasmi discovery channel. juga santapan rohani yang lain tidak dilupai sementara masih tidak bekerja ini. oh pagi tadi menghantar kereta ke bengkel ah poon kerana pedal punya spring sudah patah dan wayar penyambung dari pedal ke enjin dah jamm. ratusan ringgit juga. tidak apa. sudah lama tidak tukar eh tak pernah tukar pun. esok sudah 23 mac. berapa lama lagi harus dinanti penantian ini. sabarlah saya.

kata - kata ini hari : manusia lahir bayi bersih putih laksa kain putih tanpa apa-apa, sudah besar kain putih itu makin berwarna, diwarnai, dikotori, dicalari dan sebagainya. maka marilah putihkan kembali kain putih itu harum mewangi.
____________________________________________________________


0 Responses to “::: tekan :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank