===========================
Asyik – Damasutra
===========================
Dengan bahasa kalimah yang sama
Puji dan memuja
Dilindung dan dibuka
Rahsiakan tetap rahsia
Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara
Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi
Akan aku genggam api
Hingga jadi besi
Dan nyata sebati
Gelap bukan malam
Terang bukan siang
Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta
Dan hanya kepadamu
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Tak kuragu
p/s : Isnin 18 Ogos 2014
Hari ini cuti tahunan di Perlis. Malam ini baru pulang ke KL melalui AirAsia. Oh tadi ke The Store bersama Alyaa beli barangan dan `LEGO` Alyaa. The Store lah paling besar pusat beli belah di Kangar. Lepas ke The Store tapau KFC. KFC dia terletak tidak jauh daripada The Store.
Ahad 17 Ogos 2014
Hari ini beli-belah di Pasaraya Utama dan urusan-urusan lain. Sambil - sambil air yang kena catuan. Lama juga dari 11 - 1. Alyaa, Hannah dgn isteri tercinta tunggu di dalam kereta sahaja tapi. Banyak kedai makan tutup maka kami bungkus di Anjung Keli sahaja begitu. Malam `dating` dengan isteri tercinta di Secret Recipe Kangar.
Sabtu 16 Ogos 2014
Hari ini Alyaa bangun awal ingin main Play Doh. Awal bangat. Hari ini saya dengan isteri tercinta ke Wang Kelian. Kami bertolak sekitat 10.00 pagi begitu. Oh sebelum itu betulkan tayar Sportron yang tercucuk pakuan. Ambil dahulu Ami di Padang Besar. Layan juga lap ke Wang Kelian. Oh dapat lepas sempadan ke sana. Maka beli belah lah kami macam-macam. Wang Kelian lagi murah daripada Padang Besar beberapa ringgit jugalah. Lepas itu singgah makan ringan di rumah mertua Ami sebelum balik ke Kangar.
Jumaat 15 Ogos 2014
Awal pagi bapa saya sudah hantarkan ke pejabat. Ingat ingin makan ringan akhirnya terbeli nasi lemak telur mata sambal sotong. Tapi boleh bertahan ke tengahari. Huhu. Kerja macam biasa banyak. Oh pukul 5.30 petang baru dapat turun dari pejabat dan pukul 6.30 petang baru sampai ke KLIA2. Lambat juga. Sempat check in beg dan juga makan burger `Marrybrown`. Perjalanan ok dalam penerbangan semua. Sampai sempat jamak dahulu di lapangan terbang Alor Star.
Khamis 14 Ogos 2014
Kerja macam biasalah. Ehuk ehuk ehuk. Petang pulang awal 5.30 begitu.
kata - kata ini hari : “Take charge of your attitude. Don’t let someone else choose it for you.” – Anonymous
__________________________________________________
0 Responses to “::: hatrik :::”
Leave a Reply