==================================
Tika Dan Saat Ini – Medicine
==================================
Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang…
Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu
1
Ku ulangi pertemuan
Walau hanya mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia
( ulang 1 )
Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri…
p/s : SELASA 19 OGOS 2014
Bangun pagi macam tidak berapa rajin mahu kerja. Huk huk huk. Dekat pukul lapan baru bertolak ke KLCC. Lambat lalu Loke Yew jawabnya. Alhamdulillah sebelum sembilan sudah sampai KLCC. Agak pantas. Warm up tiada terus buat kerja! Tapau kuih mesra. Banyak juga nak `follow up` dan `follow down`. Banyak juga bergosipan dengan sepejabatan. Tengahari hujan lebat! Ada jamuan raya `upstream` di Hyatt. Pukul 2.00 petang lepas Zohor berjalan dengan Wak ke sana. Orang lain macam sudah balik sahaja. Banyak lagi makanan di Hyatt. Layang beberapa pinggan juga! Kami sahaja makan yang lain sudah makan awal tadi. Tiada acara formal hanya makan sahaja. 3.30 petang Alhamdulillah lepas kenyang kami kembali ke pejabat. 10 minit juga jalan.
Petang dekat 6 lebih juga baru balik rumah. Sempat tengok sedikit rindu 200%. Lepas isyak macam lapar makan Nan Pisang mamak! Terbaik~ oh MRT hari ini tengok `stand down` selepas isu runtuhan semalam. Al - Fatihah.
Oh lagu `Medicine` lama. Vokalis dia siap layan di atas kapal `offshore` karaoke memang suara mantap. Lagu dulu ada `soul`. Lagu kini sukar untuk `soul`. Oh sedap juga . Oh lala. Oh ramai juga orang basuh baju yang layan diri itu.
kata - kata ini hari : “Kites rise highest against the wind; not with it.” – Winston Churchill
__________________________________________________
0 Responses to “::: gempita :::”
Leave a Reply