FREEDOM! FOREVER!



::: ligat :::

0 comments


===================================
Layu Di Hujung Mekar - Rio 
===================================

Haruskah ku terus melayani perasaan 
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan 
Cintaku padamu haruskah aku teruskan Kerana ku tahu dirimu sudah berteman 
Tiada ertinya 
Apakah akhirnya percintaan 

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga 
Kini tandus tiada bermaya B
unga cinta yang dulu mekar mewangi Kini layu di pusara bumi 
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri


 p/s : Rabu 18 Jun 2014
Hari ini santai jaga baby. Petang ke Klinik Kesihatan Kangar lagi untuk cek kuning baby. Alhamdulillah ada `parking` di dalam kompaun klinik tidak perlu `parking` tepi jalanan. Syukur kuning baby tiada. Lepas itu beli sedikit barangan baby dengan ibu baby di Store. Cari juga `cream` untuk ibu baby. Selamat jumpa semua.

Khamis 19 Jun 2014
Hari ini pun santai tiada ke mana. Baby pun sudah seminggu semenjak dilahirkan. Ya Allah mudahkanlah urusan kami sekeluarga. Amin! Malamnya baby tidak boleh macam tidur. Sakit perut mungkin. Adeh.

Jumaat 20 Jun 2014
Hari ini cek isteri tercinta dengan doktor di KMC. Temujanji sekitar 10 pagi. Kami bertolak dari rumah di Kangar 8.55 pagi dan sampai KMC 9.55 pagi. Sejam begitu jalan pun `clear`. Alhamdulillah lepas jumpa doktor semua ok! Semua berjalan lancar. Fuh. Beli rotian kunyah dalam kereta dan juga `donut` untuk Alyaa. Dalam 12.20 tengahari sudah sampai rumah dan sempat solat Jumaat. Petangnya santai dan malam baby boleh lena semula.

Sabtu 21 Jun 2014
Baby sudah makin besar sedikit. Tangan pun asyik hendak keluar je dari bungkus-bungkus. Mandi baby pun ok sudah walau nangis juga. Pusat pun sudah luruh boleh cukur rambut! Petang beli belah di CMART Arau. Borang sebab harga agak patut. 25 minit juga rumah di Kangar ini ke Arau. Arau macam lagi maju dari Kangar. Borong pampers bagai. Fuh. Esok nak balik. UWaaaaa. Oh lagu `olskewl` dari RIO.

 

 kata - kata ini hari : “The first key to greatness is to be in reality what we appear to be.” - Socrates

   
laman web hari ini : Celoteh Along

 
__________________________________________________


::: Kelahiran :::

0 comments


==========================================
Puisi DOA BUAT ANAK-ANAKKU
Kredit to GOOGLE
==========================================

Anakku, belahan jiwaku..
Waktu berlalu tanpa pernah kita sedari
Namun pelukan sayang ibu tak pernah kehilangan erti
Dakapan hangat ibu juga selalu menyertai
Doa tulus ku melekat erat dalam ayunan langkah bersatu mimpi

Anakku, jendela sanubariku..
Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

Anakku, penawar hidupku..
Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani
Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari
Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin



p/s : Selasa 10 Jun 2014
Bangun macam biasa dan keluar macam biasa dan paling best tidak sesak! Malam sempat ke AEON beli baju `baby` 3 pasang. Makan kek secret recipe , roti dan tapau air makiato. Tiada pula cerita best di TGV~

Rabu 11 Jun 2014
Hari ini jalan tidak sesak. Cuti sekolah katakannya. Tidak suka duduk sensorang isteri tercinta sudah di kampung. Malam makan di Gulai Panas.

Khamis 12 Jun 2014
Pagi macam biasa. Beli nasi lemak ayam rendang di kedai tepi RotiBoy dengan `Golden Gate` San Francisco. Golden Gate tidak pernah hampakan saya. Oh ada kerja kena buat. Isteri tercinta beritahu sudah macam ingin bersalin. Risau juga. Penerbangan saya ke Alor Star Jumaat malam. Sepatutnya jangka bersalin Isnin 16 Jun 2014. Tetapi kalau bersalin awal pun tidak apa yang pentingnya selamat semua. Sekitar 10 pagi lebih isteri tercinta sudah ke Kedah Medical Centre ( KMC ) . Dalam 2 petang pula sudah sedia bersalin. Risau campur cuak pun ada. Semua tidak keruan. Doa saya hanya pada Allah SWT semua berjalan lancar. Terus saya mencari tiket pulang malam ini juga. Tengok tiket MAS sudah habis! Tengok tiket FireFly awal sangat. Tengok tiket AirAsia sudah ada lagi maka terus beli. Tiket penerbangan jam 8.20 malam. Sekitar 3.43 petang itu isteri saya Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. 4.30 petang baharu boleh pulang dan jam 6.00 petang bertolak ke KLIA2 dan sampai dalam 7.00 malam. Seperti biasa riki tempat hendak `boarding`. Responsif pertama KLIA2 ini macam LCCT juga! Macam berserabut rojak pasembur. Mungkin sebab risau hendak ke Alor Star. Saya terlalu bandingkan dengan KLIA yang berkaca dan bertingkap-tingkap. Di sini tiada kedai nasi campur macam di KLIA! Maka saya makanlah di kedai The Loaf ala kadar sahaja. Boarding dan scanning berjalan lancar. Sebelum masuk scan ada kedai runcit KK. Kedai runcit KK tepi nak masuk terbang itu! Saya tidak periksa pula sama ada di setiap air kotak dalam kedai KK straw air kotak itu dicabut tanpa sebab munasabah dan sarawak. Hampir 10 minit juga berjalan dari tempat scan ke Gate saya, gate K4. Perjalanan tidak menarik macam KLIA kerana semua dinding - dinding, tiada cermin dan tiada eskalator gerak. Jalan lah kaki. Tapi yang penting ada jambatan udara tidak perlu naik tangga hangat-hangat. Eh pendingan hawa klia2 macam tidak terasa. Awal mungkin. Lama juga tunggu dan penuh juga penumpang! Sekitar 8.40 malam juga baru bertolak dan tiba awal jam 9.45 malam. Solat jamak di Alor Star. Hendak cari air mineral tapi semua kedai sudah tutup. Tekak dahaga. 
Mohon tutuplah kedai lambat sedikit kerana kalau ada pelancong hendak minum dahaga kecewa mereka. Tutuplah selepas habis semua penerbangan selesai. Ini nak buat Lapangan Terbang di Kulim pula. Oh saya ambil teksi dari airport LoqStaq ke KMC tidak sampai 10 minit RM 25.00. Alhamdulillah ketemu isteri tercinta dan keluarga mentua. Malam ini saya menjaga isteri tercinta. Sebelum ini dia selalu jaga saya di hospital. Sekitar 10.40 malam diorang balik. Bilik katil 2 sebab katil 1 habis.Tapi tiada orang pun. Tapi saya macam biasa tidur bawah hujung alas apa patut. Layan~ Dalam 4 pagi kut jururawat tutup semua lampu terus lena.

Jumaat 13 Jun 2014
Bangun awal 6.30 pagi begitu jururawat datang dan saya solat di surau tingkat 2. Ada juga orang lain solat. Isteri tercinta rehat sahaja. Dalam 7.40 pagi lapar sudah sarapan di kafe bawah. Nescafe tarek, nasi goreng, telur mata, nugget dan kueh cuma RM 5.70. Memang murah! Lepas itu cari 7Eleven beli belah terutama surat khabar dan berus gigi. Huhu. Balik bilik teman isteri tercinta. 10 lebih baru saya siap-siap diri. Doktor pagi-pagi sudah datang melawat. Lepas itu jumpa baby di nurseri. Comel Subhanallah! Tengok dari bilik kaca sahaja sedang nyenyak baby. Tapau dan makan dahulu di bilik sebelum Jumaat. Murah juga RM 6.30 sahaja makan! Lepas Jumaat lena kejap di katil sebelah begitu. Petang tengok baby dengan isteri tercinta. Famili datang 6 lebih dan saya dan adik ipar tapau di kedai dekat stadium. Makan-makan bersila. 9 lebih pula mak dan abah dengan pakcik Karim sampai dari KL. Huh penat dengar. Meriah! Mereka menginap TH Hotel. Malam ini tidur sedap ada TOTO. 

Sabtu 14 Jun 2014
Solat dalam bilik sahaja. Bungkus nasi lemak lauk daging asam di area tempat makan tidak jauh dari KMC. Sedap dan boleh kenyang sampai petang. Nescafe tarek pun layan wooo. Isteri tercinta sudah boleh makan bubur nasi. Doktor datang dan beritahu petang boleh sudah pulang. Yahoo. Kemas-kemas dan tunggulah mahu pulang. Hangat juga diorang buat `maintenance aircond`. Lambat pula sampai risau kami sebab tunggu doktor baby releasekan. Dekat jam lima juga kami baru boleh `discharge`. Saya ambil ubat dan bawa sendiri. Santai pulang dekat 6.30 sampai Kangar. Baby nak back up susu pula maka lari ke Store beli susu baby. Huhu. Malam pertama jaga baby setiap 2-3 jam juga bangun. Gilir-gilir jagaan. 

Ahad 15 Jun 2014
Seronok tengok baby lena. Lepas sarapan saya ke Store cari barangan baby dan ibu baby. 11.30-1.00 juga. Jumpa 2 pasang baju `baby` 0-3 bulan harga patut beli juga. Ada sales jeans JEEP tapi amat FIT walau ada saiz pinggang muat. Lepas itu pula cari `rocker` di Anakku Kangar tapi tiada.
Terus pecut ke Arau beli `rocker` di sana. `Rocker` elok dan harga patut. Perut lapar dan pusing Arau tapi tiada menarik pula. Beli air sahaja hilangkan haus tekak. Dekat jam 2.30 petang juga sampai rumah dan makan. Jaga baby comel ini~ Malam kedua sudah boleh `adapt` pattern baby.

Isnin 16 Jun 2014
Oh ngantuk pagi-pagi. Siang santai dan kemas-kemas bilik begitu. Petang terlena dari 1.00 - 2.00 petang. 2.30 gituh daftar baby pula. Fotostat dulu apa patut dekat kedai fotostat berhampiran Mawarni. Lepas itu ke bangunan LHDN terdahulu untuk daftar tapi tengok tiada sudah tingkat JPN. Tanya pengawal kaunter rupanya sudah pindah ke Seriab. Maka berlari-lari mencari `landmark` Hotel Seri Malaysia berhampiran dengan  bangunan KDN yang menempatkan JPN. Alhamdulillah senang jumpa. Tanya kaunter periksa semua dokumen sudah lengkap tapi ada yang kena fotostat. Ada kedai fotostat di kafe tapi tutup maka lari pula fotostat dekat kedai depan 
jalan besar dekat unimap. Cabaran di sini Perlis adalah tempat letak kereta. Oklah boleh letak kereta tepi jalan kecil sebelum masuk ke KDN itu. Kejap sahaja tidak lama tidak sampai sejam sudah siap urusan. Ruang JPN pun luas di sini. Selesai semua urusan siap sudah Sijil Kelahiran. Nama yang kami pilih Nur Hannah Qaisara -_-.

Selasa 17 Jun 2014
Hari ini mandikan `baby`. Lama sudah tidak mandikan `baby`. Mak dan ayah mertua ke Alor Star ambil Farhana bercuti dari Jordan. Huh. Meriah~ Petang kami ke Hospital Kangar untuk pemeriksaan kuning `baby`. Macam biasa tempat letak kereta terhad dan kena berhati-hati letak kereta di bahu jalan. Dengar kata 2015 akan siap Hospital KPJ Kangar. Maka ada pilihan untuk ke pusat perubatan swasta. Lepas ambil darah `baby` di tingkat 1 bawa pula sampel ke makmal di tingkat 2. Alhamdulillah bacaan kurang 10 dan tiada kuning. Syukur. Singgah beli donut untuk Alyaa dan majalah bacaan. Malam santai jagaan `baby`.


   

 kata - kata ini hari : “The state of your life is nothing more than a reflection of your state of mind.” – Dr. Wayne W. Dyer

   

 laman web hari ini : Family Fimela
  __________________________________________________


::: lisan :::

0 comments


============================================
Kilauan Emas – Jeffrydin/Ana Raffali
============================================

Adakah tempat dihati
Bagimu untuk saling menerima
Jangan mudah melupakan kenangan ini

Dirimu aku sanjungi
Takkan mudah ditukar ganti
Kilauan mempesona malah dihati

Hidup bersama kenanganku
Siapa bilang aku tak sayang
Diam-diam jatuh cinta
Bila rindu ku sebut namamu

Duhai sayang

Bunyi seruling anak gembala
Dendang remaja penawar rindu
Budi setahun seguni intan
Belaian jiwa di Syurga idaman

Kisah dan tauladan berguna
Peracun kalbu dara pujaan

Hari ini dan semalam
Berkilau emas selama-lamanya
Tak ku lupa


p/s : Rabu 4 Jun 2014
Hari - hari buat laporan. Bulan ini giliran saya membuatkan laporan harian. 40 minit juga selaporan begitu. Alhamdulillah cuti sekolah lalu SMART tidak sesak. Suka! Laju! Pantas! Tengahari ingat hendak tapau makanan indonesia tetapi tukar jadi makanan Malaya. Tapau nasi setengah, ayam rendang dan sayur perut RM10.50 tunai. Mahal bukan? Tetapi begitulah harganya di KLCC. Air boleh terima nescafe ais RM2.50 sahaja. Petang mesyuarat telekon dengan daerah Sarawak. Huh.

Selasa 3 Jun 2014
Cuti sekolah lagi. Bungkus nasi lemak mesra. Nyum. Tengahari jejalan dengan isteri tercinta ke H&M dan dating di kedai Tun M. Sedap juga boleh tahan. Uhuks. Malam macam biasa bihun sup daging.

Walkman. Walkman masa sekolah rendah saya guna bapa saya punya. Fon kepala setengah. Oh saya guna juga radio apa tah pun bapa saya punya untuk dengar lagu KRU , RAHMAT dan bila bunga dipetik orang. Waktu saya sekolah menengah baharulah saya beli walkman sendiri. Tidak silap saya walkman AIWA. Tidak mampu konon hendak beli walkman Sony. Kawan sebilik saya waktu itu siap kilat walkman Sony beliau lagi bila comot! Kelakodet. Kaset pula selalu saya beli di GAMA Seremban tidak jauh dari Restoren Ayam Percik. Harga kaset dalam RM 10.50 - RM 16.00. Paling banyak koleksi EXISTS macam semua ada sahaja. Uhuks. Pernah juga walkman dirampas oleh cikgu disiplin kerana dengar waktu prep. Cikgu Sahak Ahmadun namanya. Lepas itu tuntut balik di bilik guru. Walkman lepas itu Panasonic silver rasanya. Siap ketuk bateri lagi hendak bagi bateri tahan lama konon! Yang lain kaset pinjam sahaja dari kawan-kawan....
 

kata - kata ini hari : “Our attitude toward life determines life’s attitude towards us.” – Earl Nightingale

   

 laman web hari ini : Pretty Simply Normal

  __________________________________________________


::: ikrar :::

0 comments


===================================
Afgan – Padamu Ku Bersujud
===================================

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

 

 p/s : Isnin 2 Jun 2014
Oh Isnin. Monday blues. Alhamdulillah tidak sesak 1 jam sahaja BTHO - KLCC. Sempat beli makan pagi nasi lemak MESRA. Sudah tiada makanan jual di pantri nampak gaya. Oh kawan se`batch` saya masa di Tronoh sudah duduk di tingkat saya. Makin meriah! Tengahari isteri tercinta bekalkan ayam goreng. Balik lewat sedikit kerana kena siapkan laporan harian. Bulan ini giliran saya pula. Oh mesyuarat terbatal dengan pengurusan ini hari kerna kata putus sudah Jumaat lepas. Malam beli scotts Alyaa. Malam ini tengok Jodoh 2. Kegemaran kami sekeluarga! 

   

 kata - kata ini hari : “A positive attitude may not solve all your problems, but it will annoy enough people to make it worth the effort.” – Herm Albright

 

laman web hari ini : The Lego Car Blog

  __________________________________________________


::: rumbia :::

0 comments


===============================================
Monoloque - Gurindam Hutan Batu 
===============================================

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Kalau kau rasa ditawan
Janganlah perkhabarkan pihak berkuasa
Jadilkanlah amalan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Jadikanlah telandan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi
Tak perlu merajuk lagi

Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua

Kalau rasa digunakan
Jangan biar ia berleluasa
Walau kau tak melawan
Tak bermakna kau tak boleh bersuara
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Tak perlu merajuk lagi

Rasa apa yang ku rasa
Cinta pasti dia yang sebenar
Tiada yang mustahil
Tiada pasti berhasil
Tiada yang mustahil
Cinta berkalut semua 4x

Kalau kau rasa terkilan
Jangan simpan di dalam hati
Walau kau rasa tertekan
Jangan sampai dibawa mati
Mari cuba selesaikan
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta
Dan sedikit perhatian
Kau cuma perlukan cinta

Tak Perlu Merajuk Lagi

 

 p/s : Selasa 27 Mei 2014
Hari ini hantar Alyaa rumah nenek. Kerja macam biasa. Teman isteri tercinta ke klinik kemudian `dating` di Little Penang. Set menu `lunch` dan air teh `3 layer` . Sedap juga set dan air pun sedap. Oklah sebab laju sahaja tidak perlu beratur lama sebelum masuk makan. Kalau tidak beratur panjang. Terima kasih isteri tercinta belanja. Pulang awal juga ini hari.

Rabu 28 Mei 2014
Hari ini bermula cuti sekolah. Wifey cuti jaga Alyaa masih kurang sihat. Jalan kurang sesak. Petang pulang Alyaa batuk-batuk juga. Makan ubat lepas itu lega. Alhamdulillah.

Khamis 29 Mei 2014
Hari ini Alyaa ke rumah neneknya. Alhamdulillah makin ok. Tengahari `dating` di Kinokuniya! Makan nasi hujan panas di sana. Oklah bolehlah bersama kopi. Beli kereta kontrol `FORD` di ToysRous. Layang petang main.

Jumaat 30 Mei 2014
Pagi makan roti-rotian yang ada. Ada mesyuarat `unit` saya. Dari 10 ke 11.30 juga. Panjang lebar cerita dengan pengurus kami. Tengahari lapar bungkus awal di MESRA sekitar jam 12.00 tengahari. Nasi lauk ayam, kerabu mangga dan hati paru. RM 7.50 sahaja! Petang pulang awal. Sesak juga sebab ada kebakaran katanya di Bukit Bintang. Ambil Alyaa dan malam santai.

Sabtu 31 MEi 2014
Hujung minggu! Memang rehatan sungguh. Petang makan `steak` di @Grills Bangi. Memang layan dengan harga patut. Suasana pun santai dan agak eksklusif. Memang disyorkan untuk hadir makan. Ingat nak singgah Jaya Grocer Bangi tapi macam sukar hendak letakkan kereta. Malam beli nasi ayam sahaja.

Ahad 1 Jun 2014
Hari ni makcik Bunga datang kemaskan rumah. Hari ini hari mengemas. Huhu. Oh BN menang di Teluk Intan. Syabas dan jangan lupa tunaikan JANJI!

   

 kata - kata ini hari : “Those who cannot change their minds cannot change anything.” – George Bernard Shaw
 

laman web hari ini : GimmeLEGO
 

__________________________________________________


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Last posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank