===================================
Layu Di Hujung Mekar - Rio
===================================
Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu ini hanyalah khayalan
Cintaku padamu haruskah aku teruskan Kerana ku tahu dirimu sudah berteman
Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan
Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya B
unga cinta yang dulu mekar mewangi Kini layu di pusara bumi
Tidak mungkin kembang lagi dan berseri
p/s : Rabu 18 Jun 2014
Hari ini santai jaga baby. Petang ke Klinik Kesihatan Kangar lagi untuk cek kuning baby. Alhamdulillah ada `parking` di dalam kompaun klinik tidak perlu `parking` tepi jalanan. Syukur kuning baby tiada. Lepas itu beli sedikit barangan baby dengan ibu baby di Store. Cari juga `cream` untuk ibu baby. Selamat jumpa semua.
Khamis 19 Jun 2014
Hari ini pun santai tiada ke mana. Baby pun sudah seminggu semenjak dilahirkan. Ya Allah mudahkanlah urusan kami sekeluarga. Amin! Malamnya baby tidak boleh macam tidur. Sakit perut mungkin. Adeh.
Jumaat 20 Jun 2014
Hari ini cek isteri tercinta dengan doktor di KMC. Temujanji sekitar 10 pagi. Kami bertolak dari rumah di Kangar 8.55 pagi dan sampai KMC 9.55 pagi. Sejam begitu jalan pun `clear`. Alhamdulillah lepas jumpa doktor semua ok! Semua berjalan lancar. Fuh. Beli rotian kunyah dalam kereta dan juga `donut` untuk Alyaa. Dalam 12.20 tengahari sudah sampai rumah dan sempat solat Jumaat. Petangnya santai dan malam baby boleh lena semula.
Sabtu 21 Jun 2014
Baby sudah makin besar sedikit. Tangan pun asyik hendak keluar je dari bungkus-bungkus. Mandi baby pun ok sudah walau nangis juga. Pusat pun sudah luruh boleh cukur rambut! Petang beli belah di CMART Arau. Borang sebab harga agak patut. 25 minit juga rumah di Kangar ini ke Arau. Arau macam lagi maju dari Kangar. Borong pampers bagai. Fuh. Esok nak balik. UWaaaaa. Oh lagu `olskewl` dari RIO.
kata - kata ini hari : “The first key to greatness is to be in reality what we appear to be.” - Socrates
__________________________________________________
0 Responses to “::: ligat :::”
Leave a Reply