FREEDOM! FOREVER!



::: Kelahiran :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




==========================================
Puisi DOA BUAT ANAK-ANAKKU
Kredit to GOOGLE
==========================================

Anakku, belahan jiwaku..
Waktu berlalu tanpa pernah kita sedari
Namun pelukan sayang ibu tak pernah kehilangan erti
Dakapan hangat ibu juga selalu menyertai
Doa tulus ku melekat erat dalam ayunan langkah bersatu mimpi

Anakku, jendela sanubariku..
Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

Anakku, penawar hidupku..
Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani
Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari
Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah

Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini

Amin



p/s : Selasa 10 Jun 2014
Bangun macam biasa dan keluar macam biasa dan paling best tidak sesak! Malam sempat ke AEON beli baju `baby` 3 pasang. Makan kek secret recipe , roti dan tapau air makiato. Tiada pula cerita best di TGV~

Rabu 11 Jun 2014
Hari ini jalan tidak sesak. Cuti sekolah katakannya. Tidak suka duduk sensorang isteri tercinta sudah di kampung. Malam makan di Gulai Panas.

Khamis 12 Jun 2014
Pagi macam biasa. Beli nasi lemak ayam rendang di kedai tepi RotiBoy dengan `Golden Gate` San Francisco. Golden Gate tidak pernah hampakan saya. Oh ada kerja kena buat. Isteri tercinta beritahu sudah macam ingin bersalin. Risau juga. Penerbangan saya ke Alor Star Jumaat malam. Sepatutnya jangka bersalin Isnin 16 Jun 2014. Tetapi kalau bersalin awal pun tidak apa yang pentingnya selamat semua. Sekitar 10 pagi lebih isteri tercinta sudah ke Kedah Medical Centre ( KMC ) . Dalam 2 petang pula sudah sedia bersalin. Risau campur cuak pun ada. Semua tidak keruan. Doa saya hanya pada Allah SWT semua berjalan lancar. Terus saya mencari tiket pulang malam ini juga. Tengok tiket MAS sudah habis! Tengok tiket FireFly awal sangat. Tengok tiket AirAsia sudah ada lagi maka terus beli. Tiket penerbangan jam 8.20 malam. Sekitar 3.43 petang itu isteri saya Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. 4.30 petang baharu boleh pulang dan jam 6.00 petang bertolak ke KLIA2 dan sampai dalam 7.00 malam. Seperti biasa riki tempat hendak `boarding`. Responsif pertama KLIA2 ini macam LCCT juga! Macam berserabut rojak pasembur. Mungkin sebab risau hendak ke Alor Star. Saya terlalu bandingkan dengan KLIA yang berkaca dan bertingkap-tingkap. Di sini tiada kedai nasi campur macam di KLIA! Maka saya makanlah di kedai The Loaf ala kadar sahaja. Boarding dan scanning berjalan lancar. Sebelum masuk scan ada kedai runcit KK. Kedai runcit KK tepi nak masuk terbang itu! Saya tidak periksa pula sama ada di setiap air kotak dalam kedai KK straw air kotak itu dicabut tanpa sebab munasabah dan sarawak. Hampir 10 minit juga berjalan dari tempat scan ke Gate saya, gate K4. Perjalanan tidak menarik macam KLIA kerana semua dinding - dinding, tiada cermin dan tiada eskalator gerak. Jalan lah kaki. Tapi yang penting ada jambatan udara tidak perlu naik tangga hangat-hangat. Eh pendingan hawa klia2 macam tidak terasa. Awal mungkin. Lama juga tunggu dan penuh juga penumpang! Sekitar 8.40 malam juga baru bertolak dan tiba awal jam 9.45 malam. Solat jamak di Alor Star. Hendak cari air mineral tapi semua kedai sudah tutup. Tekak dahaga. 
Mohon tutuplah kedai lambat sedikit kerana kalau ada pelancong hendak minum dahaga kecewa mereka. Tutuplah selepas habis semua penerbangan selesai. Ini nak buat Lapangan Terbang di Kulim pula. Oh saya ambil teksi dari airport LoqStaq ke KMC tidak sampai 10 minit RM 25.00. Alhamdulillah ketemu isteri tercinta dan keluarga mentua. Malam ini saya menjaga isteri tercinta. Sebelum ini dia selalu jaga saya di hospital. Sekitar 10.40 malam diorang balik. Bilik katil 2 sebab katil 1 habis.Tapi tiada orang pun. Tapi saya macam biasa tidur bawah hujung alas apa patut. Layan~ Dalam 4 pagi kut jururawat tutup semua lampu terus lena.

Jumaat 13 Jun 2014
Bangun awal 6.30 pagi begitu jururawat datang dan saya solat di surau tingkat 2. Ada juga orang lain solat. Isteri tercinta rehat sahaja. Dalam 7.40 pagi lapar sudah sarapan di kafe bawah. Nescafe tarek, nasi goreng, telur mata, nugget dan kueh cuma RM 5.70. Memang murah! Lepas itu cari 7Eleven beli belah terutama surat khabar dan berus gigi. Huhu. Balik bilik teman isteri tercinta. 10 lebih baru saya siap-siap diri. Doktor pagi-pagi sudah datang melawat. Lepas itu jumpa baby di nurseri. Comel Subhanallah! Tengok dari bilik kaca sahaja sedang nyenyak baby. Tapau dan makan dahulu di bilik sebelum Jumaat. Murah juga RM 6.30 sahaja makan! Lepas Jumaat lena kejap di katil sebelah begitu. Petang tengok baby dengan isteri tercinta. Famili datang 6 lebih dan saya dan adik ipar tapau di kedai dekat stadium. Makan-makan bersila. 9 lebih pula mak dan abah dengan pakcik Karim sampai dari KL. Huh penat dengar. Meriah! Mereka menginap TH Hotel. Malam ini tidur sedap ada TOTO. 

Sabtu 14 Jun 2014
Solat dalam bilik sahaja. Bungkus nasi lemak lauk daging asam di area tempat makan tidak jauh dari KMC. Sedap dan boleh kenyang sampai petang. Nescafe tarek pun layan wooo. Isteri tercinta sudah boleh makan bubur nasi. Doktor datang dan beritahu petang boleh sudah pulang. Yahoo. Kemas-kemas dan tunggulah mahu pulang. Hangat juga diorang buat `maintenance aircond`. Lambat pula sampai risau kami sebab tunggu doktor baby releasekan. Dekat jam lima juga kami baru boleh `discharge`. Saya ambil ubat dan bawa sendiri. Santai pulang dekat 6.30 sampai Kangar. Baby nak back up susu pula maka lari ke Store beli susu baby. Huhu. Malam pertama jaga baby setiap 2-3 jam juga bangun. Gilir-gilir jagaan. 

Ahad 15 Jun 2014
Seronok tengok baby lena. Lepas sarapan saya ke Store cari barangan baby dan ibu baby. 11.30-1.00 juga. Jumpa 2 pasang baju `baby` 0-3 bulan harga patut beli juga. Ada sales jeans JEEP tapi amat FIT walau ada saiz pinggang muat. Lepas itu pula cari `rocker` di Anakku Kangar tapi tiada.
Terus pecut ke Arau beli `rocker` di sana. `Rocker` elok dan harga patut. Perut lapar dan pusing Arau tapi tiada menarik pula. Beli air sahaja hilangkan haus tekak. Dekat jam 2.30 petang juga sampai rumah dan makan. Jaga baby comel ini~ Malam kedua sudah boleh `adapt` pattern baby.

Isnin 16 Jun 2014
Oh ngantuk pagi-pagi. Siang santai dan kemas-kemas bilik begitu. Petang terlena dari 1.00 - 2.00 petang. 2.30 gituh daftar baby pula. Fotostat dulu apa patut dekat kedai fotostat berhampiran Mawarni. Lepas itu ke bangunan LHDN terdahulu untuk daftar tapi tengok tiada sudah tingkat JPN. Tanya pengawal kaunter rupanya sudah pindah ke Seriab. Maka berlari-lari mencari `landmark` Hotel Seri Malaysia berhampiran dengan  bangunan KDN yang menempatkan JPN. Alhamdulillah senang jumpa. Tanya kaunter periksa semua dokumen sudah lengkap tapi ada yang kena fotostat. Ada kedai fotostat di kafe tapi tutup maka lari pula fotostat dekat kedai depan 
jalan besar dekat unimap. Cabaran di sini Perlis adalah tempat letak kereta. Oklah boleh letak kereta tepi jalan kecil sebelum masuk ke KDN itu. Kejap sahaja tidak lama tidak sampai sejam sudah siap urusan. Ruang JPN pun luas di sini. Selesai semua urusan siap sudah Sijil Kelahiran. Nama yang kami pilih Nur Hannah Qaisara -_-.

Selasa 17 Jun 2014
Hari ini mandikan `baby`. Lama sudah tidak mandikan `baby`. Mak dan ayah mertua ke Alor Star ambil Farhana bercuti dari Jordan. Huh. Meriah~ Petang kami ke Hospital Kangar untuk pemeriksaan kuning `baby`. Macam biasa tempat letak kereta terhad dan kena berhati-hati letak kereta di bahu jalan. Dengar kata 2015 akan siap Hospital KPJ Kangar. Maka ada pilihan untuk ke pusat perubatan swasta. Lepas ambil darah `baby` di tingkat 1 bawa pula sampel ke makmal di tingkat 2. Alhamdulillah bacaan kurang 10 dan tiada kuning. Syukur. Singgah beli donut untuk Alyaa dan majalah bacaan. Malam santai jagaan `baby`.


   

 kata - kata ini hari : “The state of your life is nothing more than a reflection of your state of mind.” – Dr. Wayne W. Dyer

   

 laman web hari ini : Family Fimela
  __________________________________________________


0 Responses to “::: Kelahiran :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank