FREEDOM! FOREVER!



::: lisan :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




============================================
Kilauan Emas – Jeffrydin/Ana Raffali
============================================

Adakah tempat dihati
Bagimu untuk saling menerima
Jangan mudah melupakan kenangan ini

Dirimu aku sanjungi
Takkan mudah ditukar ganti
Kilauan mempesona malah dihati

Hidup bersama kenanganku
Siapa bilang aku tak sayang
Diam-diam jatuh cinta
Bila rindu ku sebut namamu

Duhai sayang

Bunyi seruling anak gembala
Dendang remaja penawar rindu
Budi setahun seguni intan
Belaian jiwa di Syurga idaman

Kisah dan tauladan berguna
Peracun kalbu dara pujaan

Hari ini dan semalam
Berkilau emas selama-lamanya
Tak ku lupa


p/s : Rabu 4 Jun 2014
Hari - hari buat laporan. Bulan ini giliran saya membuatkan laporan harian. 40 minit juga selaporan begitu. Alhamdulillah cuti sekolah lalu SMART tidak sesak. Suka! Laju! Pantas! Tengahari ingat hendak tapau makanan indonesia tetapi tukar jadi makanan Malaya. Tapau nasi setengah, ayam rendang dan sayur perut RM10.50 tunai. Mahal bukan? Tetapi begitulah harganya di KLCC. Air boleh terima nescafe ais RM2.50 sahaja. Petang mesyuarat telekon dengan daerah Sarawak. Huh.

Selasa 3 Jun 2014
Cuti sekolah lagi. Bungkus nasi lemak mesra. Nyum. Tengahari jejalan dengan isteri tercinta ke H&M dan dating di kedai Tun M. Sedap juga boleh tahan. Uhuks. Malam macam biasa bihun sup daging.

Walkman. Walkman masa sekolah rendah saya guna bapa saya punya. Fon kepala setengah. Oh saya guna juga radio apa tah pun bapa saya punya untuk dengar lagu KRU , RAHMAT dan bila bunga dipetik orang. Waktu saya sekolah menengah baharulah saya beli walkman sendiri. Tidak silap saya walkman AIWA. Tidak mampu konon hendak beli walkman Sony. Kawan sebilik saya waktu itu siap kilat walkman Sony beliau lagi bila comot! Kelakodet. Kaset pula selalu saya beli di GAMA Seremban tidak jauh dari Restoren Ayam Percik. Harga kaset dalam RM 10.50 - RM 16.00. Paling banyak koleksi EXISTS macam semua ada sahaja. Uhuks. Pernah juga walkman dirampas oleh cikgu disiplin kerana dengar waktu prep. Cikgu Sahak Ahmadun namanya. Lepas itu tuntut balik di bilik guru. Walkman lepas itu Panasonic silver rasanya. Siap ketuk bateri lagi hendak bagi bateri tahan lama konon! Yang lain kaset pinjam sahaja dari kawan-kawan....
 

kata - kata ini hari : “Our attitude toward life determines life’s attitude towards us.” – Earl Nightingale

   

 laman web hari ini : Pretty Simply Normal

  __________________________________________________


0 Responses to “::: lisan :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank