FREEDOM! FOREVER!



::: mastika :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...




Apa ada dalam pemikiran ,
Seribu satu kegusaran ,
Mari dengar lagu kegemaran ,
Menghilangkan segala debaran .

Apa tersembunyi dalam hati ,
Adakah sesuatu penuh bereerti ,
Menanti sesuatu yang pasti ,
Kereta perlahan macam pedati .

Apa tersingkap dalam jiwa ,
Ditenggelamkan dengan ketawa ,
Belum mampu kita sewa ,
Tidak di Batu Pahat di Parit Jawa ,

Apa yang sebenarnya ditenung ,
Jauh sangat sampai ke gunung ,
Bila baik dituduh kunun ,
Biarlah aku teruskan kerja menenun .

Apa ada dijari ini ,
Terus dikupasi ,
Menjadi sajak begini ,
Walau tidak sedap sangat didengari .

Selasa 24 Januari 2012 7.00 AM


p/s : Setahun lalu , Januari 2011 , saya masih di Wad Kebakaran di Hospital . Baru bangun dari mimpi yang amat panjang selama 1 bulan . Masih mamai - mamai bak kata isteri tersayang saya . Saya macam baru dilahirkan semula selepas peristiwa itu . Saya sewaktu di Wad Kebakaran melakukan `dressing` 2 kali pada jam 10 pagi dan 10 malam . Saya bangun sekitar 8.30 pagi kemudian mandi . Makan pagi selepas itu sebelum `dressing` pada jam 10 pagi . Selepas `dressing` pula berfisioterapi sebelum minum `shake` dengan ubat pada jam sekitar 11 pagi . Tengahari pula makan tengahari sekitar jam 1 . Lepas itu berehat atas kerusi duduk boleh sandar sampai petang dalam jam 4 . Kemudia berfisioterapi lagi . Tidak lupa isteri tercinta dan nenek yang datang melawat setiap hari :) mereka duduk di atas sahaja . Sekitar 3 petang minum lagi `shake` . Dekat jam 7 malam makan malam pula . Jam 8 malam melihat buletin utama . Selalu juga ada yang datang melawat yang tidak saya ingat berapa ramai orang . Jururawat - jururawat juga merawat dengan sebaiknya . Terima kasih ! Jam 10 malam `dressing` lagi sebelum tidur . Begitulah rutian sehari saya sewaktu itu .

Kini syukur Alhamdulillah kembali seperti biasa walau saya masih bertopeng separa ini . Doktor Pakar Minda menyarankan saya menempelkan memori kisah kenangan maka mungkin saya akan mula coretkan . Iya ini kisah benar yang mungkin segelintir sahaja yang dilalui insan namun segalanya kan ujian Allah SWT . Kini sekarang saya mesti meneruskan perjuangan ! Moga hari - hari yang makin mencabar boleh diketis begitu sahaja . Ahaks . Yahuu nak jenjalan ini hari ! Ye ye ye ye !


kata - kata ini hari : Mankind must put an end to war or war will put an end to mankind. John Fitzgerald Kennedy (29 May 1917 – 22 November 1963) was the 35th President of the United States.


laman web hari ini : Kosong Cafe

__________________________________________________


0 Responses to “::: mastika :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank