2011 sudah berlalu
Gendang 2012 sudah dipalu
Lidah kaku menjadi kelu
Hati sebak menjadi pilu
2011 waktu berehat
Memberi badan agar sihat
Kisah tragedi masih terpahat
Oh aku bukan orang jahat
2012 waktu untuk bangkit
Lupakan segala sakit
Biar bermula dengan rakit
Lama – lama naik bukit
Sedikit lagi nak umur baru
Tapi kepala masih tergaru
Menunggu datangnye seru
Di mana ilmu untuk berguru
Moga aku kembali seperti biasa
Mohon pada Maha Esa
Biar pedih aku sahaja rasa
Doaku terhapus segala dosa
Terkenang kawan setahun lepas
Duduk bersama sejuk dan panas
Dari kecil seperti tunas
Kini besar laksana nanas
Masa berlalu tidaklah sama
Kadang cepat kadang lama
Aku cuba cari rentak irama
Kadangkala bagai drama
Apa dihati biarlah dihati
Kusimpan kenang sampai mati
Yang penting ada cinta sejati
Menemani aku dalam segenap erti
Sungguh aku rindukan semalam
Ada terang adanya kelam
Apa khabar apakah salam
Moga keakraban ada di dalam
Oh aku harus ke depan
Walau wajah sudah tidak berapa tampan
Syukur Alhamdulillah aku belum dikapan
Diberikan peluang betulkan kesilapan
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Selasa 3 Januari 2012
p/s : Selamat Tahun Baru 2o12 ! Banyak berlaku dalam Disember 2011 tahu . Hihihihihi .
kata - kata ini hari : Remember, people will judge you by your actions, not your intentions. You may have a heart of gold--but so does a hard-boiled egg.Anonymous
__________________________________________________
0 Responses to “::: biasa :::”
Leave a Reply