juang
apa yang kau juangkan?
apa yang dikau laungkan?
apa yang engkau dapatkan?
juang
adakah sebiji mercedes idaman?
mungkin sebuah banglo tersergam?
tidakkan sekalung gelaran?
juang
ada yang ingin hidup senang lenang
tidak kurang memilih jalan tidak lengang
segelintir pula ambil jalan pintas
juang
bukankah hidup perjuangan?
memperjuangkan hak dan kebenaran?
namun apa makna andai semua kita ditulikan
juang
kini boleh berjuang dengan penulisan
paling utama meningkatkan ekonomi
tidak perlu menumpahkan darah lagi
juang
keselesaan tetap pilihan
lebih lagi diulit kemewahan
apatah pula terlalu banyak kelalaian
juang
sendirian pun aku kan berjuang
walau tiada teman seangkatan
apatah lagi teman segandingan
juang
aku perjuangkan diriku
aku perjuangkan namaku
aku perjuangkan negaraku
juang
pilihanku tetap jalan kebenaran
jalan yang diredhai Allah Penguasa Alam
biarlah pahit berliku itu ketetapan
juang
andai aku gugur tersungkur
bangkitlah seribu lagi pejuang
yang muda tangkas penuh kekuatan
juang
esok lusa mungkin ku kan pergi
jadi aku tidak boleh tangguh lagii
mari mulakan perjuangan ini
kerana
kehidupan itu sendiri
satu perjuangan
p/s : tatau. blurry. geyl. eyot. ngantuks. sengguk. angguk - angguk.
kata - kata ini hari :
"Ma, Ma where's my Pa?" — 1884 U.S. presidenital slogan used by the James Blaine supporters against his opponent Grover Cleveland, the slogan referred to fact Cleveland had fathered an illegitimate child in 1874. When Cleveland was elected President, his supporters added the line, "Gone to the White House, Ha, Ha, Ha!"laman wab hari ini :
CikPuanBelog( Name : uDA , Location : Kuantan, Pahang D.Makmur, Malaysia )
_______________________________________________________________________
0 Responses to “::: juang :::”
Leave a Reply