FREEDOM! FOREVER!



::: luka :::


E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...





hapuslah air mata
hilangkanlah segala duka
biarlah parut itu dibaluti
luka itu sembuh pula

memang benar kekesalan ada
kesilapan yang dilakukan
kesalahan yang tidak sengajakan
lumrah kehidupan

masa semalam sudah berlalu
kepahitan itu sudah dirasai
kesuraman sudah menyelubungi
air mata sudah kekeringan

biarlah ini hari permulaan baru
kenangan itu jadi azimat
alasan untuk berdiri tegak lagi
bangkit dari kejatuhan ini

entah esok entah lusa
pusingan roda atas bawah kembali
hendak melaluinya yang sukar
perlu sejuta ketabahan

menangislah kegembiraan pula
air mata kejayaan
mencapai yang dicita-citakan
membanggakan insan tersayang

langit kelam pasti kan berlalu
diganti langit mega ceria
kala duka atau nestapa
senyumlah kerana akhiran lebih utama
jalan jelas terbentang
laluilah ia penuh kecekalan
sepenuh kesabaran
doa dan tawakkal
padaNYA

p/s : gembiranya ini hari. gembira kerana saya masih ada rakan - rakan yang bisa beri semangat dan sokongan. gembira kerana saya tidak keseorangan dalam perjalanan. hujan lebat dengan guruh di angkasa petang tadi. esok perlu melangkah lebih jauh lagi merangka masa depan. mencari cd `v untuk vendetta` tapi tiada lagi. mereka kata 3 bulan lagi. adeh. nampak gaya kenalah cari cetak rompak kut. menukar tali jam `swatch` saya yang sudah putus siap dipolish lagi skrin. wah bergilap laksana baru itu. eh. esoklah sambung story telling.
selamat malam! hayatilah karya pagi saya itu di atas (-_-)

kata - kata ini hari :
Nobody knows you. No. But I sing of you.
For posterity I sing of your profile and grace.
Of the signal maturity of your understanding.
Of your appetite for death and the taste of its mouth.
Of the sadness of your once valiant gaiety.
~ Federico GarcĂ­a Lorca ~

laman web hari ini : SOFTPEDIA
( free downloads encyclopedia )
___________________________________________________________________________


0 Responses to “::: luka :::”

Leave a Reply

      Convert to boldConvert to italicConvert to link

 


Lilypie Fourth Birthday tickers Daisypath Next Aniversary Ticker Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

AboutMe

  • I'm reef
  • From Kerteh New Town, Terengganu, Malaysia
  • The Last Man Standing
  • My profile

Previous posts

Archives

[Hidup Mesti Terus]

Lingkaran

Lakaran

Liputan

Lingkungan

Lembaran

Lebuhraya

Lengkapan

Lampiran

Laluan

Katakanlah





target= target=!--################################# Put your links here ############################################--_blank