........................................
Kumpulan : Pretty Ugly
Lagu : Jika Diberikan Satu Peluang
....................................................................................
Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikan ku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih tarikh kita dulu
Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu
Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Melukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku
Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikan ku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan ku suluh tiga tahun dari situ
Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia
p/s : hari ini tiba-tiba rasa gusar gundah gondola. lupa pula semalam saya temuduga jalan masuk di Shell Retail Academy di Shah Alam jawatan kontrak pelatih. tidak tahu dapat ke tidak. terima kasih pada saudari dana kerana beritahu. saya pergi dengan sahabat saya hafiz yahya. pagi - pagi pukul 8 potong rambut yang sudah panjang ala ala kurt cobain. sayang nyek tapi kena korbankan kerana kalau tidak tengok rambut sudah tukar temuduga jalan keluar pula. puas hati juga temuduga sebab kena bantai baik punya dengan soalan dan jawapan yang maut. tadi tiba-tiba ada panggilan ingat daripada Shell rupa-rupa dari petrosains mengatakan ada temuduga ahad ini. Alhamdulillah naik juga setelah berbulan-bulan sudah hantar borang petrosains. pergi sahaja, ada rezeki dapat, kalau tiada dapatlah pengalaman temuduga itu. oh lagu pretty ugly berjudul Jika Diberikan Satu Peluang. nice one~! oh gusar lagi. tidak kesedapan hati. oh esok esok esok.
kata - kata ini hari : "Government OF the people,BY the people,and FOR the people (shall not perish from the Earth") -- pro-democracy slogan spoken at Gettysburg by President Abraham Lincoln.
_________________________________________________________________
0 Responses to “::: gusar :::”
Leave a Reply