diam bukan tiada idea
diam bukan erti menerima
diam bukan tidak tahu apa-apa
diam berfikir
gagal bukan penamat jalan
gagal bukan akhiran kehidupan
gagal bukan terus terbenam
gagal peringatan
kaya bukan tanda bahagia
kaya bukan kuasai semua
kaya bukan kekal abadi
kaya pinjaman
perli bukan hasad dengki
perli bukan tiada budi
perli bukan pentingkan diri
perli pemberitahuan
bijak bukan dapat 18A
bijak bukan prof emeritus
bijak bukan benar sahaja
bijak amanah
esok bukan dapat ditilik
esok bukan dalam tangan
esok bukan angan-angan
esok tiba
p/s : Alhamdulillah hari ini semua berjalan lancar walau banyak tol, highway dan bonggol dilalui. syukur. lega. ambil nafas dalam dalam. `bukan` di atas rasanya terus kepada maksud. tiada bengkok - bengkok. tidurlah, mengantuk sangat ini.
kata - kata ini hari : katakanlah selagi boleh berkata, sebelum mulut diplaster, sebelum hati terkatup, sebelum minda tertutup...
___________________________________________________________
0 Responses to “::: bukan :::”
Leave a Reply