Jam lima pagi
Daku tersedar dari lamunan mimpi
Ku rasa damai di hati
Kala semua insan senang lena diulit selimut indah
Rasa syukur masih bernafas di bumi nyata
Berpijak meneruskan kehidupan
Jam bertambah seminit lagi
Masa pasti berlalu
Tidak mahu sia-siakan walau sekelumit waktu
Setiap masa adalah pinjaman
Masa esok tiada jaminan
Jam lagi sepuluh minit lima tiga puluh
Terkenang masa yang lalu
Masa muda remaja
Riang dan ria
Kini dalam menuju dewasa
Matang segalanya
Jam enam pagi
Beduk di masjid diketuk
Azan merdu dari muazzin
Marilah bangkitlah
Tunaikan solat
Apalah guna masa seribu tahun andai
Tiang agama dilupakan
Apatah agama sendiri tidak diendahkan
Pohonlah, pintalah redhaNYA dan petunjukNYA
Salam lima pagi
p/s : mulai hari ini. Saya. Akan mula menulis di dalam `word` dahulu sebelum `paste` di `blog`. Ini kerana semalam sudah penat menulis sehingga akhir tiba-tiba `mozilla firefox` muiong lagi. Adeh. Oh sekarang tengah jam lima pagi lebih sedikit. Sebab itu karya konon-konon di atas bertajuk lima pagi. Semalam saya sudah memulakan kerjaya di pejabat. Ia pejabat. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Saya akan membantu di dalam `teacher workshop` modul, modus operandi dan segala yang berkaitan. Hari ini pula saya akan menjaga `science centre`. Esok cuti! Malam tadi tidak tahu kenapa lapar sungguh dan makan pula kenyang sungguh Alhmadulillah! Moga hari ini lebih diberkati dan dirahmati insyaAllah. Salam hari ahad semua!
kata – kata ini hari :
Remember, Red, hope is a good thing, maybe the best of things. And no good thing ever dies. ( Andy Dufresne in The Shawshank Redemption )
laman web hari ini :
How Stuff Works( Learn How Everything Works !!! )
_________________________________________________________________
0 Responses to “::: lalu :::”
Leave a Reply