...............................................................
Kumpulan : Spring (Lan Laga / ?)
Judul : Romantis
..................................................................
Bagaimana
Harus kita meneruskan
Percintaan yang terluka
Masa dulu
Andainya kau sendirian
Dan kau masih lagi mencariku
Di sini aku menanti mu
Kenangi saat indah kau dan aku
Waktu itu hidup kita romantisnya
Kita pun berlari-lari mengejar ombak
Di pantai kasih
Akhirnya aku kau tinggalkan
( 1 )
Sejarah cintaku yang lalu oh...
Hanyalah ujian bagimu
Seandainya kau perlukan aku
Ku masih ada di sini
Seandainya aku tiada lagi
Simpanlah cintaku
Di dadamu oh... sayang
Cuba kau ingat kembali
Masa lalu
Kasihku teguh buatmu
Walaupun terluka namun ku bersabar
Dan masih menyayangi
Andainya kau ada yang lain
Waktu ini
Apalah dayaku lagi
Terpaksalah aku membawa diriku
Dan hanya Tuhan saja yang mengerti
( ulang dari 1 )
Kalau aku mengelamun sendirian
Berderai airmata di pipiku
Kerana terlalu pilunya hatiku
Kau pergi dariku tanpa pesan
Di sudut hatiku yang terluka ini
Terpahat namamu Kaulah kekasih
p/s : romantiskah aku? akukah romantis? oh lagu lama spring tadi terdengar kat radio. menggamit kembali kenangan lalu. ewah. the very good old days. tahlah. tadi menemani ibu saya lawatan ke ladang ternak lembu di kuang. sampai petang gaks. petang menikmati wafer di a&w jejantas sg buloh. malam pula jadi runner hantar susu omilk plus. esok mungkin pulang ke kampung di melaka melawat makcik sedara yang kemalangan sedikit semalam. adeh. oh kembali pada romantis. apa itu romantis? sweet talker? banyak wang? banyak bagi bunga? banyak bagi ayat? atau subjektif semata? entahlah. yang pasti aku bukan romantis, aku `grunge`, aku skematika, aku adalah aku. daaa.
_____________________________________________________________
0 Responses to “::: kenang :::”
Leave a Reply