--------------------------------------------------------------------
Francessca Peters (Manan Ngah / Lukhman S)
Sekadar Di Pinggiran
------------------------------------
Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan
Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...
Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...
Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...
p/s : ahad pagi-pagi sudah kehujanan. memang masyuk tidur. nikmat tidak terkata. semalam ketemui ekah setelah dekat 6 tahun tidak jumpa. dah lain dah macho walau muka macam budak habis sekolah. sedang menunggu panggilan dari sebuah syarikat terkenal setelah tamat pengajian di UK. pagi-pagi juga dr kamal bekas polis merangkap aktivis masyarakat sudah bersiaran di RTM dengan tajuk bomoh palsu. benar jugalah banyak bomoh palsu dan dia sendiri berkata percayalah serahlah apa sahaja pada ALLAH SWT. baru lepas menonton abp 2005. well mawi bawa pulang kia optima setelah dinobatkan artis paling popular. dalam masa tidak sampai setahun melonjak dia. siapa lagi ya selepas ini? nantikan. tidak lupa hari ini sambutan menyambut perjuangan Allahyarham Dato` Onn menentang Malayan Union. ya hidup melayu! namun akhirnya Allahyarham Dato` Onn sendiri meninggalkan UMNO itu sendiri. mengapa ya? apa-apa pun syabas tahniah pada pejuang kemerdekaan. Malaysia sudah maju dan paling penting masa depan kita terutama bangsa Melayu. janganlah bergolok gadai hingga tinggal tanah sekangkang kera bak kata Ahli Fikir. esok sudah isnin. bermulalah hari baru. oh mari layan lagu lama francisca peter `sekadar di pinggiran`. salam popular semua. oh duniawi duniawi.
________________________________________________________________
0 Responses to “::: kepinggiran :::”
Leave a Reply