========================
Jalan Bahagia
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
========================
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia
Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama
Siapa yang berbakti dengan ketabahan
Sabar menempuh ketentuan Tuhan
Baginya syafaat dunia akhirat
Kurnia Tuhan tidak terkira
Didalam menjalani hidup didunia
Tiada lepas dari pancaroba
Kita yang diciptakan dengan kelemahan
Perlukan petunjuk panduan Tuhan
Tiada yang kuasa melainkan Dia
Mentakdir menentukan segalanya
Supaya selamat dunia akhirat
Tekun pada amal ibadah
Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya
p/s : kedengaran lagu ini, terkenang sesorang di bumi US. entah dia kenang aku ke idak kan. siapalah aku. terima kasihlah orang di US itu kerana terkenal diri ini. pening kepala aku pening akibat terlalu lama menganggur ini. aku tidak kesah menanti cuma aku perlukan sesuatu untuk mengekalkan produktiviti diri. minda dan otakku harus ligat dan ligan. ape ke bahaselah. xkesah lahkan. huhu.setelah astro ku blow out maka mungkin masa akan lebih dihabiskan melawat blog blog orang disamping melakukan apa apa yang patut dilakukan. mungkin ini sindrom seorang `penganggur`. bukan penganggur sebenarnya namun penanti jawaban dari human resource petronas sama ada diri ini disudikan untuk berkhidmat dengan petronas. penantian ini amat menyeksakan. mungkin aku harus mencari kerja sampingan untuk mengisi masa yang ada namun belum bermula lagi. nanti tatkala kerja sudah menanti, mungkin masa lapang pula dicari. aku simpulkan sahaja kan ku guna masa lapang ini sebaik-baiknya. ya terutama masa muda. masa muda yang akan ditanya nanti. umur pun akan ditanya. semuanya ditanya. masihkah ada ruang lagi pada diri ini? aku fikir aku tidak mahu apa-apa cuma redha Allah dan diterima segala amalku. kala zaman moden ini memang terlalu sangat banyak cabaran berliku kiri kanan depan belakang atas dan bawah. memang sangat sangat susah dijaga terutama apabila Islam itu sendiri hanya pada solat, puasa, kahwin dan lain - lain sedangkan Islam lengkap semuanya dari bangun tidur hingga tidur semula. orang lebih berduyun-duyun beratur uji bakat sekalian akademi sedangkan surau dan masjid serta AL-QURAN tidak diikuti. bukan apa terfikir apalah diri ini boleh lakukan? apakah sendirian diri sahaja yang dapat memperbaiki diri sendiri atau dapat membantu? atau saya-saya dan kamu-kamu. entahlah pelbagai perkara bermain di kotak fikiran. semua orang bagai pandang enteng soal agama terutama solat. Alhamdulillah andai yang solat kerana telah dirikan tiang agama. doa saya agar solat saya diterima dan paling sukar rasanya untuk mengikhlaskan diri dalam semua yang kita lakukan. andai bersedekah umpama sedekah tangan kanan, tangan kiri pun tidak tahu. kaya ke miskin ke semuanya pinjamanNYA. bila-bila pun akan ditarik. terfikir diri ini yang muda bertenaga namun apakah sumbangan untuk Islam? terutama kala Islam ditindas, dihina semua. kita pun satu juga terutama saya apabila Al-Quran tidak lagi dibaca, dibaca pun tiada penghayatan, baca pun tidak ikuti isi kandunganNYA. Nauzubillah. terlalu lalu banyak cabaran kala aku 24 ini. ini belum lagi kala aku 42 pula. oh jauh sungguh memandang. kala jenayah yang terlalu banyak ini lagilah masa depan. didikan agamakah? ibu bapa kah? ustaz kah? pemerintah kah? saya kah? siapa punya tanggungjawab? semua kut. mau tidak mau harus juga aku fikir lagi-lagi kala tiada kerja ini kepala minda lapang laksana padang bola sebelum dibangunkan bangunan kondominium mewah 20 tingkat terutama di negeri selangor. kala sudah bekerja nanti maka laksana kondominium itulah minda dengan pelbagai unit dalamnya. oh panjang sungguh keterfikiran saya malam ini. oh astro ku yang sudah blow. aku rindukan discovery channel dengan kisah `buran` di kala kegemilangan Soviet. memang manusia bijaksana namun hanyalah setitik dari kebijaksanaan Allah SWT. akulah hambaNYA. hidupku, matiku kerna ALLAH. Ya ALLAH! Ampunkanlah segala dosa-dosaku! Amin! oh panjang sungguh. akan ku cuba menulis panjang. ya kan ku cuba. esok 24 februari 2006 sudah. sudah 19 bulan nampaknya (-_-)
___________________________________________________________
0 Responses to “::: jalanan kebahagiaan :::”
Leave a Reply